Ahad, 25 September 2011

Fullstop 71 : Assignment(s) Sudah Kembali

ingatkan boleh laaa nak rehatkan minda, tangan, kaki, otak segala bagai dari berfikir cari bahan. ahhh terlupa pulak ada assignment nak kena hantar. assignment yang sebenarnya sudah berbulan lecturers bagi. why did i put S in the word lecturer? sebab ada tiga assigment kena hantar pada waktu yang hampir sama. HAHA maka saya perlu manage masa untuk seminggu ni siapkan WAHH wahai azie! ngapain begini?

well, im a last minute person. memang saya sebenarnya dah cari sedikit bahan la masa cuti raya hari tu but then, hemm ada pulak benda tak baik jadi ... alkisah insiden hebat bulan ini!

ini pun sebenarnya sebelum terjadinya insiden tu memang salah seorang ahli kumpulan saya ada ajak buat assignment tu samasama. ajak pergi rumah dia. saya ingatkan assignment english je nak kena buat tapi wahhhh marketing pun nak kena hantar pada hari yang sama.

*******

Assignment 1 : Marketing Plan

nak kena hantar 3 oktober. meaning next week. sebenarnya satu apa pun tak buat lagi. dan bukan setakat marketing plan kena buat, brosur dan questionnaire pun sekali tapi nasib baik Qs'aire tu dah siap. tinggal nak distribute je. adoiii! brosur? hemm nak kena fikir design pulak!

Assignment 2 : Report LI

okehhh, report yang kena buat berdasarkan salah satu report LI kami yang dah siap. lepas undi secara segera, report ara terpilih. huuu introduction saya dah buat, tapi finding tu yang tak faham mana nak ambil. amboi!! ms.nora dah terang banyak kali still tak faham! buat apa dalam kelas? hemm masa tu adalah minggu suram saya, memang tak masuk otak laaa apa yang ms.nora cakap, heeee

Assignment 3 : Blue Flag Reward

apa tuuu? sejenis penganugerahan yang diberikan FEE kepada sesuatu destinasi perlancongan. Malaysia tak ada dalam senarai pun. yang ni memang assigment yang killer! yes, bahan dah ada. tunggu nak salin balik je tapi HANDWRITING. haha pandai pn.imas menjadikan pelajar tidak menipu atau sekadar menaip tanpa membaca. at least kalo pakai tangan ni, kita sambil membaca kan ... masuk otak! haha

*******

ya kawan-kawan, meh berganding bahu, kerah tenaga menyiapkan apa yang perlu disiapkan. jangan tensiontension. chill jeee. insyaAllah akan siap justttt in time! ameen

Fullstop 70 : Rainbow After Rain

"dia sabar menanti sebab aku jadi takot untuk teruskan. aku rasa aku tak layak lagi. aku rasa masih banyak lagi yang aku kena ubah, yang aku kena belajar. maaf yee ... takut nak ada komitmen macam ni. baik aku prepare diri dulu kan ... tak nak pisang buah banyak kali. biar kali ni, masa yang menentukan dan doa yang mengiringi. aku percaya pada ketentuan Allah swt, if we are MFEO than seberapa jauh pun kita berada tetap akan satu kan.


terima kasih berada di samping selama ni. aku semakin melupai, aku semakin hidup. kadang-kadang aku takut nak ikut kata hati, takut mati lagi. aku semakin nampak banyak warna sebab kau, aku rasa cuaca sekarang pun dah bertambah baik. dah tak hujan, guruh, gegak gempita ... tapi kalau hujan juga, bahu siapa aku nak tumpang? kata-kata semangat siapa aku nak dengar? kau jauh ... tak apa lahhh, Allah swt sayangkan kita sebab tu Dia bagi ujian, dugaan sebab nak kita sedar akan kesilapan dan kekurangan. nak kita sedar yang Dia ada di samping kita. doa banyak-banyak tau ... kita akan sama-sama capai impian masing-masing"

Sabtu, 24 September 2011

Fullstop 69 : Opinion - Relationship

dulu bagi aku sesebuah perhubungan tu yang penting perlu percaya antara satu sama lain. bila aku couple, aku hanya akan percaya benda yang aku dengar sendiri, lihat sendiri. contoh,

masa aku couple dengan B*****, member baik aku ada cerita kat aku yang dia terdengar perempuan sembang pasal B***** ni. perempuan tu main message ngan B***** ni, siap nak jumpa. okeee aku dengar cerita dari kawan baik aku yee. but then, aku diam je. that night, we both keluar jalan-jalan aku tanya B***** pasal perempuan tu. ak cuma tanya kenal tak, dia cakap tak kenal. okee aku diam lagi mungkin betul dia tak kenal. so, aku tengok handphone dia. fuhhhhh ada kot nama budak perempuan tu. tapi aku bukan jenis yang serang terus. aku senyap je. tak de mood dah ... malam tu balik rumah aku berfikir. aku tak suka orang tipu aku. aku dah tak boleh maafkan dia. so pagi besoknya aku message minta break. dia pun tak respon ... HUHU

terbaru sebelum aku single sekarang ni, pandangan aku berubah. bukan sahaja kepercayaan kena ada tapi kejujuran. mungkin tak semua perempuan macam aku yang pentingkan dua benda ni tapi itu lah yang berlaku. bukan pada aku sorang tapi dengan banyak couple depan mata aku. bagi aku percaya pada apa yang dilihat, didengar dan dikatakan. memang apa yang pasangan kita cakap tak boleh nak percaya 100% tapi bermula saat kita terima dia untuk jadi pasangan kita adalah saat kita menerima dirinya atas bawah, luar dalam. bila kita menerima seseorang tu bermakna kita dah ready untuk menerima apa yang akan terjadi di kemudian hari. emm contohnya dia akan didatangi masalah yang maha berat sampai effect hubungan kita, atau kelakuan dia yang berubah. mungkin banyak benda boleh terfikir. dia ada perempuan lain ke ? dia dah tak sayang aku lagi ke ? okehhh pemikiran tu kena ubah. positif sikittt ... why not kita face to face, bincang. sebab kalau dalam message or call membuatkan kita mudah gaduh. kalau face to face, orang kata dari mata turun ke hati. jadi, nak gaduh pun tak jadi.

itu adalah perkara yang sangat aku kesalkan, aku terburu-buru serang dalam phone. pada hal aku kena bersabar sikit lagi untuk berjumpa. tapi tu laa, benda dah jadi. lepas ni kalau jadi lagi aku akan cuba lebih bersabar                       *selingan

*******

orang kata, webcam, 3G dan seangkatan dengannya sangat penting dalam perhubungan jarak jauh. okehh, i admit YES. tapi tak guna juga kalau tak ada dua benda tadi. sama macam konsep kalau kita start menipu orang tak akan percaya kita lagi kan. jadi sentiasalah jujur dengan pasangan. kalau rasa memberitahu akan melukakan hati dia, jangan bagi tau tapi jangan menipu. elakkan dari pasangan tau sendiri. sakit. sememangnya bila jujur akan membuat pasangan sedih tapi otak yang waras akan berfikir dan akan menerima dengan perlahan. takes time kot ... mungkin akan jadi lebih baik, pasangan akan makin memahami dan percaya kan kita.

aku akan percaya dengan orang yang jujur dengan aku.

"i ad kenal sorg pompuan ni, kitorg kwn je la"
"u comell lahhh"     *rujuk kepada perempuan lain bukan gf sendiri

sakit kan kalau bf cakap macam ni tapi kita boleh buat apa. kita bukan isteri dia. itu hak dia untuk berkawan dan bersyukurlah dia bagi tau. kalau tak memang ada something wrong somewhere. cuma ingatkan dia jangan lebih-lebih, ingatkan dia yang dia ada kita. dan ingatkan dia supaya pastikan perempuan tu tau yang dia ada kita. kita nak serang atau marah perempuan tu pun tak boleh sebab dia tak tau melainkan dia memang tau dan memang nak menggatal. tapi ... macam tak elok pulak serang kan. serang la bf kita sebab perempuan tu takkan teruskan menggatal kalau bf kita tak layan. vice verse

*******

perempuan dan laki ni selalu nak salahkan sesama sendiri, selalu nak katakan apa yang diperlukan oleh diri mereka. tau tak, kita sendiri sebenarnya tak tau apa yang kita nak. kita hanya lakukan sesuatu benda tu untuk puaskan hati sendiri. jadi, setiap hari muhasabah lahh. kenal diri sendiri dulu. apa yang kurang apa yang terlebih. dan, bermuhasabah dengan orang lain, orang sekeliling seperti kawan baik, keluarga atau stranger. lumrah, orang lain akan lebih kenal diri kita berbanding diri sendiri. why ?

memang lumrah manusia yang selalu fikir diri tu sempurna atau selalu fikir yang dia betul. why not accepting others opinion about us? mata kita lain, mata mereka lain. kadang-kadang mata sendiri pun boleh menipu. jadi, kalau ada seseorang yang berkata buruk pasal kita, terimalah even kita rasa kita tak macam tu. mungkin kita sendiri yang tak nampak.

macam tu jugak bf dan gf. saling menegur sesama sendiri. bukan untuk diri mereka tapi untuk kebaikan kita. tak kan bf hisap rokok, gf biarkan. tak sayang bf ke? rokok tu kan bahaya. dan bila menegur biar lahh bersopan dan berdepan sebab kalau melalui message atau call, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. bila berdepan bf akan nampak betapa prihatinnya gf terhadap dia. ini akan membuat bf lebih fargai gf. best kann!

*******

kesimpulannya, tak ada pasangan yang sempurna sesempurna Rasulullah SAW bersama isteri baginda. jadikan jalan hidup baginda sebagai panduan dalam perhubungan. InsyaAllah akan diberkati.

dan tak akan ada pasangan yang langsung tak ada perasaan marah, cemburu atau sakit hati kalau pasangannya tiba-tiba berubah. akan ada persoalan di situ yang memerlukan jawapan. maka bincanglah. keluarkan semua yang terbuku ...insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. ameen






*ini adalah pendapat aku. lepas apa yang pernah aku lalui aku sedar silapnya ada pada aku. jadi fikirlah sepositif mungkin dan terima lahh sepositif mungkin

Jumaat, 23 September 2011

Fullstop 68 : Ujian dariMu, aku redha

ujian apa? this is my second. dulu pernah gak jadi barang aku kena cur dulu tu bukan depan mata. kiranya masa tu aku tak ada di tempat kejadian. tapi kali ini orang tu membuat onar ketika aku sedang sibuk melakukan pekerjaan yang amat penting bagi seseorang manusia ... haish

20 september 2011, orang tu masuk rumah aku. ambil toshy, sony dan duit aku. memang target bilik aku sebab bilik aku kat bawah. buka pintu memang nampak dah bilik aku. kerjanya sungguh cepat, tangkas ... dasyat sungguh!

segera aku ke balai buat laporan. okeyhhhh, aku tak la percaya sangat yang warga beruniform yang berkaitan ni mampu menunaikan apa yang aku harapkan tapi prosedur kannn

member aku tanya "k.azie ni x sedih ke? menangis ke? marah kee?"

ntah la. ini ujian bagi aku. aku redha tapi dalam masa yang sama aku berusaha gak la untuk dapatkan balik. aku buat sembahyang hajat, aku minta parent aku buat jugak. aku percaya padaNya. mungkin ada hikmah kan. Dia tak akan uji hambanya dengan ujian yang tak mampu nak tanggung.

memang la agak ralat sebab dalam toshy aku ada macam-macam gambar kawan, family dll. lagu pun banyak, movie. assignment yang aku pernah buat dulu ... tapi ...

semoga Allah SWT menunjukkan jalan dan panduan pada orang tersebut untuk memulangkan barang aku tu. jangan risau, aku tak akan bawa ketengah. aku tau effect kat dia nanti macam mana. aku bukan kejam sangat nak hancurkan masa depan orang lain. aku cuma nak barang aku balik je

Jumaat, 16 September 2011

Fullstop 67 : No Reason

arrived in Ipoh at 0315. awal dari yang dijangkakan. memang laju arhh pakcik tu bawak. selalu sampai ipoh pukul 6 macam tu. hemm bagus jugak, cepat aku sampai rumah.

bila aku mula buat keputusan nak balik ipoh minggu ni, ramai member poly aku tanya kenapa. kenapa mereka tanya? sebab pelik, selama ni aku balik ipoh bila ada cuti yang panjang. contohnya cuti hari raya, cuti semester dan cuti selama seminggu. kalau setakat cuti sehari je macam sekarang ni, aku tak akan balik. tapi ... kali ni aku balik. hemm

aku sendiri pun tak tau kenapa aku nak balik. pada hal duit aku bukan ada sangat ni. aku guna duit beli tiket balik ni, haaa habis dah la duit aku. HAHA tak tau kenapa, hari isnin aku terasa nakkkk sangattt balik. lagilagi bila aku dapat tau hari ni cuti hari Malaysia, 16 September. sememangnya aku banyak berfikir nak balik ke tak, sebab cuti 3 hari je. balik memang tak berbaloi. ahad dah balik joho. sekejap sangat kan. lain laa kalau aku belajar kat kl ke kedah ke. ni Johor nunnn! memang selatan gileee

lagi pun balik ni tak ada benda aku nak buat. hang out dengan kawankawan je la. alaaa tu lain kali pun boleh kan. hemm kalau sebab family, mak ayah aku memang dah biasa anaknya tak balik. memang dah biasa tengok anak balik 2 kali setahun. HUHU

hemm, kenapa yee nak balik ipoh?

Ahad, 4 September 2011

Fullstop 66 : Hopes That Can't Be Comes True

"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada

 seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah 

kamu 

MENJAGA hatinya.



Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan 


mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia 

mengingatmu."






*******


"memang ini yang terjadi kat aku. aku harap kau tak buat perkara yang sama kat orang lain. 

berkali-kali aku pesan kann jangan bagi harapan kat aku, dia dan dia. kau akan dapat

sakit. malah aku, dia dan dia juga sakit. jgn bagi harapan, janji sesuatu yang kau tak pasti 

kau dapat tunaikan. cukuplahh dengan mendorongnya untuk percaya pada takdir 

Allah swt dan ketentuanNya. aku sayangkan kau walau semua ni terjadi. harapan yang kau 

telah beri pada aku dulu aku jadikan semangat untuk aku meningkatkan diri aku

. aku harap kau bahagia dengan seseorang yang tepat dan jagalah hati dia yang sangat 

sangat lembut. rendahkan lahh ego kau demi masa depan kau dan dia."

Jumaat, 2 September 2011

Fullstop 65 : Pusara Syawal

aku baru balik nihh dari ziarah kubur arwah opah, nenek, mamak dengan saudara mara lain. dah lama kot tak ziarah. bertahun rasanya. last aku pergi pun zaman bebudak, tak la bebudak sangat. macam awal remaja laaa. tadi kami cari kubur, nasib jumpa. kawasan tu dah terang. kalau dulu banyak rimbun, redup jee rasa. sekarang pokok banyak yang dah mati. banyak kubur yang tak diziarah.

aku pernah baca suatu kisah nabi dedulu. ada sahabat yang bertanya apa hukum kaum perempuan pergi menziarahi kubur. maka jawapannya ialah tak digalakkan. kalau hendak pergi mestilah dengan niat untuk mengingati kematian, menginsafi diri. kita digalakkan sedekahkan alfatihah setiap kali sembahyang. itu sudah memadai.

tadi aku pergi tengok nisan arwah nenek, aku baca kat situ tertulis yang arwah nenek kembali ke rahmatullah pada 6 DISEMBER 1991. itu adalah tarikh lahir aku. maknanya arwah nenek meninggal masa umur aku 2 tahun. masa tu pun adik aku, azrul baru berusia 18 hari. sedih kann, aku tak ingat pun yang nenek pernah dukung aku atau pernah bermain dengan aku. sebab aku kecik masa tu jadi macam tak rasa sangat.

dalam gambar pun tak ada kalau tak silap sebab aku tak pernah jumpa rasanya ...


Allahyarham nenek aku SAMAT


Allahyarham opah aku SARIPAH

*******

"semoga roh nenek dan opah aku ditempatkan dikalangan muslimin dan muslimat. dikalangan hamba yang diredhai Allah swt."

Khamis, 1 September 2011

Fullstop 64 : Xperia Mini Pro

handphone aku memang da lama problem. dah setahun. masa mula-mula masalah nya, screen jadi hitam secara tetiba. kalau aku tekan mana-mana button memang ada bunyi atau response tapi aku tak nampak apa-apa. so, balik ipoh, aku pergi hantar kedai, repair. balik ipoh semula, handphone aku dah ok tapi bila aku guna tak sampai seminggu, masalah yang sama timbul balik. kali ini aku simpan sampai setahun tak repair sebab aku tak tau nak repair kat mana. selama setahun tu macam-macam handphone aku pinjam, yang terakhir handphone mak. masa praktikal hari tu aku pergi repair balik handphone aku tu atas cadangan tempat oleh kak shida.


memang best gila arhh waktu tu! sebab handphone tu aku beli pakai duit gaji aku yang terakhir campur sikit duit mak aku. tapi sekarang ...

******

aku ambil keputusan sejak dari poli lagi yang aku nak beli handphone baru tapi aku teragak-agak sama ada nak jual atau tak handphone aku ni. sayang ... aku guna duit aku sendiri. maka suatu hari sebelum syawal aku keluar ke jusco dengan syaied. dia nak cari memory card untuk bb dia. aku pulak tengok-tengok handphone kat kedai yang sama. aku ternampak sejenis nii ... wahhh terus tanya macam-macam kat pekedai tu.


harga ? emm, masa tu aku dapat harga RM899.00 hem. aku berfikir agaknya mak bagi tak?

aku balik rumah try sembang dengan mak. mak kata mahal, lepas tu aku cakap kalau RM599.00? aku sebenarnya ada usha lagi satu handphone yang agak murah sikit incase mak tak nak harga mahal tadi kan.

tapi aku nak jugak handphone pertama aku tengok tuu. aku berfikir macam mana yeee?

*******

oleh kerana, raya pertama aku di penang, di waktu lapang aku berfikir macam mana nak dapatka handphone tu, HUHU yup ... got an idea!

tak sabar nak balik ipoh, today! aku sampai ipoh dalam petang, hemm pukul 5.30 pm kalau tak silap. aku cakap kat mak nak beli handphone tu malam ni sebab besok dan lusa balik kampung, confirm balik malam tak sempat nak beli. sabtu aku keluar beraya rumah member, insyaAllah ...

jadi, tai lepas Isya' aku keluar ke jusco dengan adik-adik aku. sebab aku nak beli handphone dengan adik bongsu aku sekali. handphone dia pun problem... yang lagi sorang tuu saja nak ikut sebab nak beli coklat. AHAA AA

*******


yup!! this is it! XPERIA MINI PRO!!!
for the first time i saw her, i want her hard
thinking how am i getting her to become mine
and now i have HER!

i chose white in colour because there were only 2 choices, either black or white
and i chose white because i saw her in elegant way. HAHA berangan!
thanks to Allen, who serves me this evening.
he installed everything inside, and teach me how to use it
especially the VIBER. yup?
it will make the Xperia do better.
if anyone got BB than please download this VIBER because
with that, you can message me like you do the BBM with your bb fellas!
yessss! that's the thing i like about her. people nowadays are
extremely dreaming about BLACKBERRY
even my brother have one. but its cost very high, really unaffordable for some people
like ME

so, this Xperia have something called ANDROID. hem
well, actually im really dumb in IT-Tech thingy
when people said ANDROID. im noob.
im know nothing about it. even now still zero information about it. HEE
nevermind, every second is learning process.

thanks to MY MAK who support me on this. yes! i add up a little on me.
MAK, thanks! this is my bithday gift, precious ever!
i will take good care of it!



*******

tapi ... sebenarnyakan kalau aku dah bekerja, pegang duit sendiri bukan bergantung duit mak ayah aku, aku akan beli handphone semasa. HAHA pray for me!