kami 1 family going for holiday ke rumah anyah. kat sana la aku beli handset baru aku . eheh
haaa, beginilah rupanya handset aku tu. hari yang sama juga aku beli sarung nya warna hijau. huu lawa! tapi sekarang dah tak ada, aku dah buang sebab dah nipis. dah haus. aku pakai handset tu dalam lebih kurang setahun. hem, lepas tu masalah terjadi. screen tetiba hitam berkilat. aku dah tak nampak apa. dengar lagu boleh tapi tak nampak apa laa , haaa macam mana aku nak menaip ni. tak kan pakai tekan je ?
buatnya aku tersalah hantar message - "awak nak kawin dengan saye?" haaa mampos gue! jadi aku ambil keputusan, bagi balik kat abang azhar sebab aku beli kat member dia, jadi abang azhar pergilah hantar ke member dia minta baiki. RM150 kena!! huuihh mang aii! , mak aku yang bayarkan. terima kasih mak!
aku pun dengan bangganya bawa ke poli, ke kelas kemana saja lah handset tu serta dijaga dengan rapi. tak jatuh, tak basah, tak dicalar dek angin pun. satu hari, aku menghadiri satu sesi taklimat mengenai LI - Latihan Industri yang bakal aku tempuhi selepas ini. aku tak dengar sangat pun apa encik tu cakap. dah la aku datang lewat, lepas tu tak bawa apa kertas mahupun buku untuk dibuat catatan.
itu bahananya kot, may handset broken!! agrhh aku geram sangat sebab aku dah jaga dengan elok, tetiba je jadi hitam balik
mula-mula separuh dari screen tu, lepas tu 4/5 .. haa sampai kesudah hitam je laa. tak meriah langsung. aku pun simpan la semula dalam beg. aku pinjam plak hanset member aku. nasib ada, tak apa laa cikai asal boleh tolong aku message dengan abang . eceh! haha
*******
dan pada hari ini, tanggal 13 April 2011 aku berjaya mengguna kembali handset jahanam tu. wakakak! berkat pertolongan kak shida yang rekemenkan aku kedai handset itu. haaa gue suda masukin kan lagu-lagunyaa... huhu excited tak ingat punya nak masuk lagu laa, gambar laaa. huuu tak la bosan hidup aku lepas ni, boleh melepak dimana sahaja sambil dengar lagu, sambil tengok gambar dia .. eheh! eceh!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan