*inilah mak saya, cantik kan!*
*******
1. mak saya cantik. kalau tengok masa zaman muda-muda dulu memang lawa, tak tipu! rambut keperangan, mata bundar, muka bujur sirih. bila senyum manis je tengok. maaflahh tak dapat upload gambar ke sini sebab gambar mak tak tau letak kat album mana. tapi serious dead, my mak really gorgeous!
2. mak saya pandai masak. paling sedap mak masak, Daging Masak Hitam. memang every year mak akan masak waktu raya puasa. sebab anak-anak mak suka makan. saya suka buat kuih raya, jadi mak akan sokong saya dengan tolong belikan bahan-bahan. best! mak ada buku resepi buat kuih raya, jadi saya hanya pandukan resepi itu lahh.
3. mak saya pandai jaga budak. cucu-cucu mak, tiga-tiga mak yang jaga. ayong dengan anyah akan berpantang dengan mak sebab mak tak cerewet bab pantang ni. mak yang mandikan cucunya, pakaikan lampin, bubuh minyak kembung perut. macam-macam lahh
4. mak isteri yang baik. mak akan bangun awal setiap pagi, sembahyang subuh dan kalau hari biasa, mak akan goreng nasi atau masak makanan ringan-ringan untuk adik sebelum pergi sekolah. it's breakfast. lepas tu, mak buatkan air selalunya air teh susu untuk ayah.
5. mak dah bersara jadi mak akan habiskan masa mengemas rumah, jaga ayah since ayah ada darah tinggi. jaga cucu mak, Aisyah. kalau ada masa luang, mak dengan ayah akan pergi rumah anyah kat penang.
6. mak suka kucing. rumah kami ada banyak kucing. yang terbaru Ibu lahirkan 6 ekor anak. kami ada sangkar besar untuk mereka. setiap pagi, mak akan bagi makan dan ayah akan cuci sangkar mereka. kucing pun dah faham dengan mak. mereka suka sangat dengan mak. kadang-kadang tidur sama, lepak dengan mak kat dapur sambil tengok mak masak. huu
7. mak sayang barang-barang. apa sahaja barang lama yang masih boleh guna mak akan simpan. mak will think something yang boleh gunapakai barang tersebut. tempat letak baju ke, barang ke, rempah-ratus ke. apa-apa.
8. mak anak yang bongsu dalam adik-beradik tapi menantu sulung bagi opah. jadi mak tak la manja sangat sebab bila ke sebelah ayah, mak akan jadi kakak sulung. memberi kata-kata semangat, tolong opah kalau ada kenduri dan menjadi pendengar setia kalau ayah ada masalah.
9. mak tak suka lepak petang-petang macam 'rukuntetangga' selalu buat. bagi mak itu macam mengumpat, jaga tepi kain orang. mak tak suka. jadi mak akan duduk rumah layan cucu atau tengok tv je. kalau mak sembang dengan jiran pun dengan auntie gee. mak hanya jadi tukang dengar. orang akan cakap mak sombong sebab tak bergaul dengan mereka tapi mak buat tak tau je sebab dari buat dosa cakap hal orang, baik mak duduk rumah.
10. mak sayang anak-anak mak, ayah, cucu-cucu mak dengan menantu. mak akan buat apa sahaja untuk gembirakan kami.kalau hari jadi kami adik beradik, mak akan sambut kalau berkesempatan. sama ada mak buat pulut dengan daging masak hitam atau mak beli KFC atau McD. setiap tahun mak akan bagi saya hadiah.
baju ni, mak beli sebagai hadiah hari jadi yang ke 21. saya memang dah lama nak kan baju gaya jubah macam ni. akhirnya, dapat jugak! thanks Mak!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan