Ahad, 24 April 2011

Fullstop 19 : Happy 57 Years Old, AYAH !!!


57 tahun dahulu, 24 April 1954. macam mana la agaknya keadaan opah masa melahirkan ayah? mesti susah payah kan. sebab masa tu kat kampung. ayah pernah cerita, ayah dilahirkan dekat kampung. maknanya, bidan la yang sambut. zaman dulu tak secanggih sekarang.        terima kasih opah kerana melahirkan ayah yang hebat ini!!

jadi, hari ini tanggal 24 Aprill 2011, genap la umur ayah 57 tahun. tak sangka kann! tapi aku masih lagi rasa ayah macam 40-an. huhu minggu lepas hari aku meng'hang-out' kan diri dengan kawan-kawan Aidil, aku sempat beli hadiah untuk ayah. melilau mata aku tengok mana yang sesuai. mak pesan beli tali pinggang yang tak menjolok sangat, tak funky sangat macam orang muda. jadi aku nak cari yang simple dan kepala nya sesuai dengan ayah. aku tak nak cari yang bercorak sebab takut ayah tak berkenan. aku nak cari yang kosong tapi nampak eksklusif. akhirnya ... aku jumpa tali pinggang yang diletak dalam kotak bersama-sama wallet. harganya pun mak suruh bajet bawah RM100.


inilah hadiah aku beli. cantik kan! HUHU ayah kata "haa ni yg awok nakk" mak memang memahami ayah. tau je apa yang ayah perlukan. hee


*******


tadi petang aku, mak, ayah dengan aisyah perki kampung batu masjid sebab ada kenduri kahwin sebelah ayah. lepas tu kami pergi singgah rumah opah dekat tapah. memang plan ngan mak hari ini lepas balik nak sambut hari jadi ayah. aku pulak ada kupon Domino's Pizza, jadi kami pergi Domino, nak try. this is our first time. dah beli pizza, singgah tesco jap beli kek. kecik je. macam gambar atas tu laaa, haa memang kek tu laaa. huhu

sampai je rumah, aku terus prepared segala benda yang berkaitan laa. huhu


ayah potong kek, aisyah pun nak menyibuk sekali, HAHA


HUHU, aisyah memang betul nagp kek tu. comey!


safia pun nak join sekali. mak bagi safia rasa sikit. secatil krim kek!


haaa, aisyah ni memang, dia ingat hadiah tu dia punya! haish. hari jadi kamu lambat lagi oke!


*******

Selamat Hari Jadi AYAH! we love you forever ever. May Allah bless you and may your journey in life full of blessness from HIM. do remember that we will always have you in our memory of our life. May Allah bless!






Tiada ulasan: