ini daripada Vietnam. aku lupa siapa yang bagi. huhu hadiah pertama yang aku dapat masa seminggu aku ada di Aidil.
kalau baca kat situ pun dah tau kan, key-chain ni dari bandung. kak emy bawak group pergi bandung. hee
ni pulak pin daripada uzbekistan. en.hisam yang bagi
ini tasbih dari mesir . dari abg Ee sebab kena bertugas untuk menghantar pelajar ke mesir.
ini pulak key-chain dari sarawak. kak nani yang bagi. kak nani tak bawa group tapi dia pergi sana sebab bercuti still she remember us and buy us something from there. thanks kak nani!
ini lambang bagi bendera negara Turki. abg Ee yang bagi masa dia bawa group pergi istanbul, Turki.
ini pulak kak niza yang bagi hehe terima kasih kak niza. sebenarnya ni kak niza punya tapi dia bagi aku untuk kenang-kenangan. jadi key-chain orang tu aku ada dua. *sila scroll atas yee
ini pulak kain ela hadih dari staf tiket. aku dapat warna hijau, lin dapat warna pink. terima kasih kome! nanti aku nak buat baju raya tahun ni. maknanya baju raya aku tahun ni ada 3 helai. yeah!
*******
sebenarnya ada lagi yang mereka bagi aku tapi semua tu dah masuk perut. da jadi apa pun aku tak tau. HAHA aku pernah rasa coklat dari amerika syarikat, ms low yang beli dari sana. aku pernah rasa halwa dari istanbul, abg Ee yang beli. aku pernah rasa kek batik sarawak daripada abg daus. ada lagi satu patung koala dari perth pemberian en.hisam, tapi aku tak tau mana aku letak... emm nanti aku cari balik sampai jumpa. dari Aussie tu, tempat yang aku teringin nak pergi sekarang ni! jeles dengan en.hisam! HUHU

Tiada ulasan:
Catat Ulasan