Jumaat, 23 September 2011

Fullstop 68 : Ujian dariMu, aku redha

ujian apa? this is my second. dulu pernah gak jadi barang aku kena cur dulu tu bukan depan mata. kiranya masa tu aku tak ada di tempat kejadian. tapi kali ini orang tu membuat onar ketika aku sedang sibuk melakukan pekerjaan yang amat penting bagi seseorang manusia ... haish

20 september 2011, orang tu masuk rumah aku. ambil toshy, sony dan duit aku. memang target bilik aku sebab bilik aku kat bawah. buka pintu memang nampak dah bilik aku. kerjanya sungguh cepat, tangkas ... dasyat sungguh!

segera aku ke balai buat laporan. okeyhhhh, aku tak la percaya sangat yang warga beruniform yang berkaitan ni mampu menunaikan apa yang aku harapkan tapi prosedur kannn

member aku tanya "k.azie ni x sedih ke? menangis ke? marah kee?"

ntah la. ini ujian bagi aku. aku redha tapi dalam masa yang sama aku berusaha gak la untuk dapatkan balik. aku buat sembahyang hajat, aku minta parent aku buat jugak. aku percaya padaNya. mungkin ada hikmah kan. Dia tak akan uji hambanya dengan ujian yang tak mampu nak tanggung.

memang la agak ralat sebab dalam toshy aku ada macam-macam gambar kawan, family dll. lagu pun banyak, movie. assignment yang aku pernah buat dulu ... tapi ...

semoga Allah SWT menunjukkan jalan dan panduan pada orang tersebut untuk memulangkan barang aku tu. jangan risau, aku tak akan bawa ketengah. aku tau effect kat dia nanti macam mana. aku bukan kejam sangat nak hancurkan masa depan orang lain. aku cuma nak barang aku balik je

Tiada ulasan: