Sabtu, 24 September 2011

Fullstop 69 : Opinion - Relationship

dulu bagi aku sesebuah perhubungan tu yang penting perlu percaya antara satu sama lain. bila aku couple, aku hanya akan percaya benda yang aku dengar sendiri, lihat sendiri. contoh,

masa aku couple dengan B*****, member baik aku ada cerita kat aku yang dia terdengar perempuan sembang pasal B***** ni. perempuan tu main message ngan B***** ni, siap nak jumpa. okeee aku dengar cerita dari kawan baik aku yee. but then, aku diam je. that night, we both keluar jalan-jalan aku tanya B***** pasal perempuan tu. ak cuma tanya kenal tak, dia cakap tak kenal. okee aku diam lagi mungkin betul dia tak kenal. so, aku tengok handphone dia. fuhhhhh ada kot nama budak perempuan tu. tapi aku bukan jenis yang serang terus. aku senyap je. tak de mood dah ... malam tu balik rumah aku berfikir. aku tak suka orang tipu aku. aku dah tak boleh maafkan dia. so pagi besoknya aku message minta break. dia pun tak respon ... HUHU

terbaru sebelum aku single sekarang ni, pandangan aku berubah. bukan sahaja kepercayaan kena ada tapi kejujuran. mungkin tak semua perempuan macam aku yang pentingkan dua benda ni tapi itu lah yang berlaku. bukan pada aku sorang tapi dengan banyak couple depan mata aku. bagi aku percaya pada apa yang dilihat, didengar dan dikatakan. memang apa yang pasangan kita cakap tak boleh nak percaya 100% tapi bermula saat kita terima dia untuk jadi pasangan kita adalah saat kita menerima dirinya atas bawah, luar dalam. bila kita menerima seseorang tu bermakna kita dah ready untuk menerima apa yang akan terjadi di kemudian hari. emm contohnya dia akan didatangi masalah yang maha berat sampai effect hubungan kita, atau kelakuan dia yang berubah. mungkin banyak benda boleh terfikir. dia ada perempuan lain ke ? dia dah tak sayang aku lagi ke ? okehhh pemikiran tu kena ubah. positif sikittt ... why not kita face to face, bincang. sebab kalau dalam message or call membuatkan kita mudah gaduh. kalau face to face, orang kata dari mata turun ke hati. jadi, nak gaduh pun tak jadi.

itu adalah perkara yang sangat aku kesalkan, aku terburu-buru serang dalam phone. pada hal aku kena bersabar sikit lagi untuk berjumpa. tapi tu laa, benda dah jadi. lepas ni kalau jadi lagi aku akan cuba lebih bersabar                       *selingan

*******

orang kata, webcam, 3G dan seangkatan dengannya sangat penting dalam perhubungan jarak jauh. okehh, i admit YES. tapi tak guna juga kalau tak ada dua benda tadi. sama macam konsep kalau kita start menipu orang tak akan percaya kita lagi kan. jadi sentiasalah jujur dengan pasangan. kalau rasa memberitahu akan melukakan hati dia, jangan bagi tau tapi jangan menipu. elakkan dari pasangan tau sendiri. sakit. sememangnya bila jujur akan membuat pasangan sedih tapi otak yang waras akan berfikir dan akan menerima dengan perlahan. takes time kot ... mungkin akan jadi lebih baik, pasangan akan makin memahami dan percaya kan kita.

aku akan percaya dengan orang yang jujur dengan aku.

"i ad kenal sorg pompuan ni, kitorg kwn je la"
"u comell lahhh"     *rujuk kepada perempuan lain bukan gf sendiri

sakit kan kalau bf cakap macam ni tapi kita boleh buat apa. kita bukan isteri dia. itu hak dia untuk berkawan dan bersyukurlah dia bagi tau. kalau tak memang ada something wrong somewhere. cuma ingatkan dia jangan lebih-lebih, ingatkan dia yang dia ada kita. dan ingatkan dia supaya pastikan perempuan tu tau yang dia ada kita. kita nak serang atau marah perempuan tu pun tak boleh sebab dia tak tau melainkan dia memang tau dan memang nak menggatal. tapi ... macam tak elok pulak serang kan. serang la bf kita sebab perempuan tu takkan teruskan menggatal kalau bf kita tak layan. vice verse

*******

perempuan dan laki ni selalu nak salahkan sesama sendiri, selalu nak katakan apa yang diperlukan oleh diri mereka. tau tak, kita sendiri sebenarnya tak tau apa yang kita nak. kita hanya lakukan sesuatu benda tu untuk puaskan hati sendiri. jadi, setiap hari muhasabah lahh. kenal diri sendiri dulu. apa yang kurang apa yang terlebih. dan, bermuhasabah dengan orang lain, orang sekeliling seperti kawan baik, keluarga atau stranger. lumrah, orang lain akan lebih kenal diri kita berbanding diri sendiri. why ?

memang lumrah manusia yang selalu fikir diri tu sempurna atau selalu fikir yang dia betul. why not accepting others opinion about us? mata kita lain, mata mereka lain. kadang-kadang mata sendiri pun boleh menipu. jadi, kalau ada seseorang yang berkata buruk pasal kita, terimalah even kita rasa kita tak macam tu. mungkin kita sendiri yang tak nampak.

macam tu jugak bf dan gf. saling menegur sesama sendiri. bukan untuk diri mereka tapi untuk kebaikan kita. tak kan bf hisap rokok, gf biarkan. tak sayang bf ke? rokok tu kan bahaya. dan bila menegur biar lahh bersopan dan berdepan sebab kalau melalui message atau call, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. bila berdepan bf akan nampak betapa prihatinnya gf terhadap dia. ini akan membuat bf lebih fargai gf. best kann!

*******

kesimpulannya, tak ada pasangan yang sempurna sesempurna Rasulullah SAW bersama isteri baginda. jadikan jalan hidup baginda sebagai panduan dalam perhubungan. InsyaAllah akan diberkati.

dan tak akan ada pasangan yang langsung tak ada perasaan marah, cemburu atau sakit hati kalau pasangannya tiba-tiba berubah. akan ada persoalan di situ yang memerlukan jawapan. maka bincanglah. keluarkan semua yang terbuku ...insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. ameen






*ini adalah pendapat aku. lepas apa yang pernah aku lalui aku sedar silapnya ada pada aku. jadi fikirlah sepositif mungkin dan terima lahh sepositif mungkin

Tiada ulasan: