Jumaat, 2 September 2011

Fullstop 65 : Pusara Syawal

aku baru balik nihh dari ziarah kubur arwah opah, nenek, mamak dengan saudara mara lain. dah lama kot tak ziarah. bertahun rasanya. last aku pergi pun zaman bebudak, tak la bebudak sangat. macam awal remaja laaa. tadi kami cari kubur, nasib jumpa. kawasan tu dah terang. kalau dulu banyak rimbun, redup jee rasa. sekarang pokok banyak yang dah mati. banyak kubur yang tak diziarah.

aku pernah baca suatu kisah nabi dedulu. ada sahabat yang bertanya apa hukum kaum perempuan pergi menziarahi kubur. maka jawapannya ialah tak digalakkan. kalau hendak pergi mestilah dengan niat untuk mengingati kematian, menginsafi diri. kita digalakkan sedekahkan alfatihah setiap kali sembahyang. itu sudah memadai.

tadi aku pergi tengok nisan arwah nenek, aku baca kat situ tertulis yang arwah nenek kembali ke rahmatullah pada 6 DISEMBER 1991. itu adalah tarikh lahir aku. maknanya arwah nenek meninggal masa umur aku 2 tahun. masa tu pun adik aku, azrul baru berusia 18 hari. sedih kann, aku tak ingat pun yang nenek pernah dukung aku atau pernah bermain dengan aku. sebab aku kecik masa tu jadi macam tak rasa sangat.

dalam gambar pun tak ada kalau tak silap sebab aku tak pernah jumpa rasanya ...


Allahyarham nenek aku SAMAT


Allahyarham opah aku SARIPAH

*******

"semoga roh nenek dan opah aku ditempatkan dikalangan muslimin dan muslimat. dikalangan hamba yang diredhai Allah swt."

Tiada ulasan: