Selasa, 29 Mac 2011

Fullstop 9 : Want Something, Left Something

"besok ak cdg nk g lost world of tambun. nk g mandi hotspring 
ngan akim sbb ak da jnji ngan die since we hvn't met 4 a long
time. spatotnye kitorg g ahd lpas tp sbb akim balik kg n my
parents were going to north visiting alul, then its cnclld.
jadi ari ni ak trpikir nk g besok. lpas ak blik keje dlm kul 6
trus grak. ak msg akim tanye die esok oke tak? n he said oke! 
lpas tu ak msg balqis ngan ikin sbb ak ingt nk bwk deme skali
sbb ak pk kesian deme x brpeluang nk g kan. harapkn abgnye ntah
la bile... balqis oke. balqis mmg sntiase oke ngan ak. bile ak
msg ikin die x bls. ahh lantak la kan, ak tggu je la die bls
bg tau nk ikot ke x. then tetibe balqis ckp ikin nk g. ntah
cmne die tau pun ak x tau. ak ckp la oke. ak tanye balqis, esok
ikin balik skola kul bape sbb ikin skola ptg n i think die balik
skola dlm kul 6 cmtu. balqis ckp x tau, ak msg ikin die x bls.
bile ak tanye balqis die x tau. last2 balqis ckp ikin x g skola
sok. oihh byk cantek!! sbb nk g hotspring trus x dtg skola. dah
pandai sgt ke?? ak ckp kat balqis kalo ikin x g skola ak x kn bwk
die. tp ssh tau smbag ngan bdkbdk nii. deme x phm ap kite smbag.
bile balqis cll, ikin x angkt. haa apsal? mmg da buat ak naek
drh laa. mmg silap! ak pling x suke sbb nk dpt satu bnda buang
bnda laen yg sememangnye lg elok dr ap yg nk dibuat. gram btol!
em, ak ckp kat deme besok btal. x yah g. deme x yah ikot kalo
mcm ni laa. bile ak tanye ikin sok balik skola kul bape, x
diblsnye msg ak tuh. tanye balqis, die x tau. lpas tu tetibe
smbag ikin x de krdit. haa cmne plak balqis boley tau,
ikin jerit dr umah die ke? bile ak tanye mane die tau, laen
yg djwbnye. kate ikin dmm plak. haa dmm x yah g. kan snang ckp
dr awl, ikin dmm. x yah g sok. org dmm mane boley ikot. kalo g
skola x boley, x kan boley g hotspring. emm duedue ak x bwk sok.
sok ak g ngan akim je. snang! berdue..."

Ahad, 27 Mac 2011

Tell 7 : Damn u Aedes ! Part Two

hari raya sememangnya i sangat bosan. emm baring duduk baring duduk atas katil. nak pergi mana-mana? kene bawak sekali segala wayar yang dah macam sebati dengan diri sendiri. tunggu je la sedara mara datang ke , kengkawan ke melawat sama ziarah ini budak denggi, huh !


haa , begitulah nasib diri ini. tapi jengjengjeng! my besties datang bawak emm siapa ntah, i tak kenal       *elehhh       sure it was, i tak kenal siapa yang syaied bawak, i don't care who he is. thanks syaied datang melawat but no thanks for bring him along, huhu yang paling best tiba-tiba dia datang, huu baju melayu coklat sama seluar jeans gitu , haha i suka lelaki pakai gitu simple && simple.

oke, gambar dia tak penuh top to waist. but then he's cute! i malu sangat bila dia datang, ye la boyfriend datang tengok girlfriend sakit di hospital! Hahhh! lepas syaied balik bersama well , i don't know. raya pertama i dengan dia macam ini? anda bagaimana pula? so, i decided raya tahun ini, raya 2011 yang jatuuh pada 31 ogos 2011 bersamaan tanggal kemerdekaan negara Malaysia, i nak dia datang beraya rumah i . kalau tiada aral berlari-lari bergolek-golek, i nak buat biskut nak bagi dia rasa. actually he likes bahulu tapi i nak buat macam mana? yess, we do have the things needed, i mean acuan dia , semua la tapi nak buat tu kan takes time. in fact, i akan balik poli untuk semester 5. jadi i akan balik cuti raya only for a weeks i think. so i kena manage that week berbuka puasa bersama family, bersama dia, emm buat kuih raya if got time, beraya dengan family, beraya dengan dia dan beraya dengan kengkawan. like old days... sweet!

5 hari i terlantar di hospital yang sangat membosankan, bosan argghh! hari-hari i kena bagi darah i kat doktor, hari-hari i kena tambah air dalam badan, hari-hari i kena kencing tengok berapa banyak i keluarkan. kalau sikit soal jawab akan berlaku. i tak suka minum banyak but they forced me to. geram sangat! sebab mereka dan mereka nak platlet dalam darah i naik sebab tu suruh minum air putih banyak-banyak. alamak! kering tekak!

hari keempat i di sana, doktor datang ambil darah lagi, lepas tu dia pergi tempat lain pulak. then, a nurse came , dia cakap "adik, mungkin boley kuar wad da, sbb td doc check mcm ok je" ... huhu i happy sangat, masa tu mak i ada datang melawat. i suruh mak i tunggu lama sikit sebab mana tau kot confirm i dah boleh keluar. lebih kurang pukul 8 malam gitu, nurse datang balik check i,

"eh, panas ni dik. 38 ni. tadi adik ad mandi?"
"ad, baru je mandi"      rambut i basah lagi kott, buta apa!
"tak boleh kuar lg ni dik, panas badan adik ni"
"haa...!!!!"                   i sangat sedih dan geram plus marah teramat sangat. kesian mak i elok-elok boleh balik awal, kena balik lambat sebab ingatkan i dah boleh keluar. geram i dengan nurse tadi! dia tipu i! kata i mungkin boleh keluar, yes MUNGKIN tapi boleh tak kalau tak pasti jangan cakap apa-apa? diam sudah sampai betul-betul pasti. gerammm!

lepas mak i balik, laju gila air mata i jatuh, sedih lepak lama-lama kat hospital. i tak suka. i dah membazir banyak hari kat hospital yang sepatutnya i spent dengan family, dia & friends. lepas mak i balik, i dah buat keputusan i dah tak peduli pasal benda lain dah. i tak nak minum dah, biar la kencing sikit ke apa ke. i nangis jee. sampai nurse datang i elak dari dia nampak i nanti kantoi plak kan.

malam tu i called dia, i cerita semua kat dia sambil nangis-nangis. i cakap kat dia i nak mogok, tak nak minum. i dah tak kisah kalau kena tahan kat sini sampai bila-bila pun. dia pujuk i kata jangan macam ni. lantak laa! siapa suruh tipu i! i tak suka nurse tu sebab tipu i!!


*******


besok paginya, i bangun i pergi bilik air tapi i tak mandi pun. malas! nak buat apa mandi kalau still have to stay kat dalam tu tak keluar-keluar... i just gosok gigi, basuh muka. itu je. minum pun i tak buat. i buat bodoh je. sebab i dah ok, i feeling well! doktor datang tengok history i then dia tanya nurse kenapa i tak keluar lagi sebab i dah lama duduk kat dalam wad ni. nurse pun cakap la semalam ini itu ini ... blablabla!

lepas tu doktor tu cakap check sampai tengah hari ini, tengok macam mana sebab sepatutnya dia dah boleh keluar. lama sangat duduk dekat wad. haaaa i love doktor tuu muahmuahmuah! doktor tu pun faham yang i memang tak suka stay lama-lama lagi dan dia pun faham yang i dah oke and supposed to discaj. miracles come by the wind, huhu tengah hari dan petang ketua segala doktor datang check i tanya i macam mana. i cakap i oke, selera makan ada, tak pening tak rasa apa. dia kata haa supposed dia dah boleh keluar. oke petang ni ambil darah. then, other doc ambil darah i. dia tengok dan even my platlet not enough yet but he said that i dah boleh keluar sebab i dah oke.

haaaaa, happy sangat! terus i called mak bagi tau the news. tengah hari besoknya ayong came with abang sani bring me back home sweet home!

Sabtu, 12 Mac 2011

Tell 6 : Damn u Aedes !

kan bagus kalau pasangan kami ni like others couple . bila i tengok facebook kawan-kawan i atau kawan kepada kawan i , seronoknya tengok diorang bergambar dengan pasangan masing-masing . tapi ... i tak boleh buat macam itu , sebab dia tak nak . dia kata biarlah kita dua je yang tau , kadang-kadang dia jawab dia tak sedia sebab dia takut kalau kawan-kawan i gelakkan i dapat pakwe macam dia , kononnya bagi dia is nothing . sebenarnya tak!!

memang lama kami nak tunggu cuti raya sebab , every night i dengan dia akan ber'ym' dan akan ber'webcam' untuk lepas rindu masing-masing . kadang-kadang i pinjam broadband sal , my housemate     *thanks Sal !      atau kadang-kadang kalau sal tengah guna broadband dia , i pergi cyber cafe . dalam jam 1200 i balik laa . tak apa la , asal i dapat tengok dia , dia dapat tengok i .

bila tiba pepagi buat , dia mesti call i , i geram pun ada sebab i tengah sedap-sedap tidur terganggu pulak , pada hal dalam hati sekuntum-kuntum bunga tumbuh , huu . tapi bukan la hari-hari . selalunya dia akan call i kalau dia kena pergi drive luar perak . so on his way , he'll call me . maybe he thinks i boleh buat dia hilang mengantuk . tapi i yang ngantuk terganggu !!


*******


cuti raya i 2 minggu , jadi i memang kena peruntukkan betul-betul cuti i untuk family , untuk dia dan kawan-kawan i . tapi ... malang tak berbau , malam raya i rasa tak sedap badan sangat . sebenarnya i dah rasa hari sebelum yang sepatutnya i buat kuih hari itu . malam raya tu i dah teruk , demam , panas , kejang , menggigil , rasa lemah sendi , lenguh-lenguh badan . i rasa macam nak patahkan pinggang i ni . malam tu jugak mak, ayah dengan abang azhar bawa i pergi hospital , check . emm 

berita buruk , i maybe kena serang demam denggi . i dah agak sebab kawasan rumah tempat i sewa memang banyak nyamuk , 1 hari tu i ada jumpa jentik-jentik kat belakang rumah . lagi-lagi i tidur kat ruang tamu , tidur pun pakai seluar pendek . memang memberi peluang makhluk tuhan tersebut untuk menghirup segala darah i . 

doktor ambil darah i dan dia kata besok datang lagi tengok macam mana . emm , besok hari raya ... sepatutnya besok i sambut raya dengan family i . sedih ... jadi besok lepas zuhur i pergi lagi hospital . kena ambil darah lagi . masa tu i memang tak larat tapi nasib baik i sempat gak pakai baju raya , baju kurung . dengan baju tu i pergi hospital .




bila nama i kena panggil doktor kata "azihan , u kena masuk wad"
i senyum tapi nak buat macam , dah nak kena . Kun Fa Ya Kun . i redha je , mungkin ada something behind . something good , better , bolder . 

jadi , serta merta i messange dia "abg , syg kena masuk wad..."

Jumaat, 4 Mac 2011

Fullstop 7 : 4 Mac 2011 , Turning 23

SELAMAT HARI LAHIR ABANG !!



*******

Hari ini 4 Mac 2011, umur abang dah cecah 23 tahun . sepatutnya i rancang nak keluar dengan abang , nak spend time dengan dia sebab sebelum ini abang pernah bagi tau i , orang lain tak ingat birthday dia . jadi i nak abang rasa diraikan hari jadi walaupun tak la special mana . sebulan lebih i selalu fikir untuk hari ini , apa yang i nak buat , apa yang i nak cakap . tapi , terjadi sesuatu kat abang . lesen dia hilang . abang tak boleh nak buat kerja lagi . abang nak buat lesen baru tak boleh sebab sebelum ini abang pernah kena saman . jadi abang kena settle kan saman dulu , baru boleh apply lesen . jadi, abang mintak i teman dia pergi mahkamah untuk selesaikan saman . kebetulan abang kena naik court hari ini , 4 Mac 2011 .


Hari ini 4 Mac 2011 , i minta cuti sehari dekat Aidil. Sepatutnya i nak minta half-day sebab abang naik mahkamah pukul 8 pagi . jadi, i rasa bendanya akan jadi sekejap . tapi bila i fikir balik , lepas settle semua benda tu mungkin abang ada hal lagi nak kene selesaikan . jadi i ambil keputusan , cuti sehari . yang tahu pasal hal ni , lynn dengan kak nani . mak ayah i tak tau sebab nanti diorang mesti tanya kenapa i ambil cuti .
Tadi lepas abang dah naik mahkamah , abang Cuma kena bayar rm300 je , saman lagi satu dimaafkan . Alhamdulillah .. kurang sikit duit kena bayar . sebab i tau abang banyak nak guna duit , abang nak keluar kereta , abang nak renew  insuran road tax … etc


Lepas habis bayar saman , kami pergi JPJ buat lesen abang yang baru . hari ini memang menyebelahi abang sebab semua kerja jadi mudah . Alhamdulillah ..  masa dalam kereta , abang pegang tangan i sambil pandu kereta . Ya Tuhanku! i jadi sebak sebab ini last kami jumpa , itu yang sepatutnya i nak bagi tau dia tapi i jadi tak kuat , i sayang sangat kat abang . kalau boleh i nak jumpa dengan abang hari-hari , hangout dengan abang all the time .


Hari ini 4 Mac 2011, i tengok abang happy sangat walau i tau kat dalam banyak yang terjadi tapi hari ini i dapat tengok abang gembira . hubungan kami macam dulu , macam tak ada apa-apa masalah . i jadi seronok sampai i rasa macam nak nangis sebab hari ini last . abang nak keluar kereta , i teman dia . dia tak dapat kereta yang dia minat , i macam sedih . kalau i ada duit sekarang ini , i akan tolong sikit sampai abang dapat kereta tu , tapi …


Lepas tu , kami pergi makan . i belanja abang sebab hari ini hari jadi abang . i tak wish lagi sejak tepat jam 12 tengah malam sebab i nak surprise kan abang . i ada belikan abang hadiah . jadi kat McD tempat kami makan i bagi abang hadiah tu … abang terkejut , “selama abg hidup 23 tahun ni , x prnh abg dapat hadih bsday” , i dengar walau i macam bangga , gembira juga tapi dalam hati i , “kenapa abang cakap lain? Dulu abang cakap lain ?” i macam sedih sangat sebab i ingat apa abang pernah cerita dulu,

“nanti kalo hari jadi syg kalo abg x wish , lupe ke jgn mrh yee sbb abg bkn jnis ingt bzday org . jgn syg merajuk plak sbb abg tak bg hadiah ”

“tak pe la bang … nak buat cmne . bzdy abg cmne ?”

“x de org ingt bzday abg , kdgkdg abg sendri x ingt bzday abg . syg jgn kasi abg hadiah kea p sbb abg x brape suke . abg dah terbiase org lupe org x bg hadiah jadi abg x suke . oke ?”

“ex-awek abg dulu mcm mane ? x kan die x bg abg hadiah ?”

“ada , tapi sume abg tolak . abg ckp kat die abg x nak . sume hadiah yg die bg , abg bg balik kat die”

“kejamnye abg ! sian die bg abg hadiah tp abg bg balik plak , mesti die nangis”

“abis tu , abg dah ckp abg x suke tp die bg jugak , haa”

“ye la .. emm ..”

Tapi hari ini 4 Mac 2011 , abang cakap lain . “ syg org prtma yg bg abg hadiah , terima kasih syg !”
i sedih .

Khamis, 3 Mac 2011

Fullstop 6 : Persoalan Otak

03 Mac 2011 , jam 2159

"aku tengah sabar tunggu hari jumaat. hari yang aku nak buat keputusan antara aku dengan dia . hari tu jugak birthday dia , aku dah beli siap-siap hadiah untuk dia . lama gak aku cari kedai ke kedai . floor by floor , baru aku jumpa tapi aku tak tau la sesuai ke tak dengan dia , ok ke tak dengan dia . dia suka ke tak hadiah tu . tapi aku tak kisah sebab aku memang nak bagi dia , kalau dia tolak . aku ada 2 pilihan , sama ada aku buang atau aku simpan untuk kenangan yang aku pernah bagi hadiah kat dia . even dia tak terima ke nanti , aku akan anggap yang hadiah tu dia punya . aku tak kan guna hadiah tu . aku simpan ...


aku suruh dia bawak rantai yang dia rancang nak bagi kat aku dulu , masa birthday aku . tapi masa tu aku akan berfikir jugak , rantai tu sebenarnya aku punya ke ? sebab aku terasa sesuatu . ntah la . sebenarnya aku tak dapat rasa perasaan dia kat aku . aku rasa macam dah hilang rasa tu . perasaan aku ke ?


aku tak tau apa akan aku buat jumaat ni tapi apa yang aku rancang ialah aku tak nak ada apa-apa lagi . tapi aku tak tau aku kuat tak nak buat semua ni , kuat tak nak bagi tau dia nanti sebab sebelum ni aku dah try tapi still aku dengan dia macam biasa . jumaat ni adalah perjumpaan terakhir aku dengan dia . insyaAllah ...


banyak benda yang bersoal dalam diri aku , dalam otak aku , dalam hati aku tapi aku tak dapat jawapan sebab dia tak nak bagi tau , dia tak nak jawabkan . dia cuma fikir aku hanya budak-budak yang soalannya tak larat dia nak layan . aku jauh sangat ...


aku nak tanya dia , 'abang sayang sayang tak ?' , 'kalau sesuatu terjadi abang akan pilih siapa antara sayang dan kawan abang ?' , 'betul ke rantai tu untuk sayang ?' , 'kenapa abang suka kat sayang ?' , 'apa akan jadi kat abang kalau sayang dah tak ada ?' , 'apa istimewanya sayang kat mata abang ?' , 'abang terima ke diri sayang yang sekarang ?' , 'abang anggap sayang apa ?' , 'boleh tak kalau kita tak berhubung lagi ?' , 'abang sayang sayang tak ?' ...


tunggu je la hari jumaat ni even aku sebenarnya tak sanggup . aku tak tau nak buat keputusan macam mana . sebab aku sebenarnya tak boleh jumpa abang , sakit rasanya . sebab tu sejak akhir-akhir ni aku duduk rumah , sorang-sorang dalam bilik buat hal sendiri . main facebook ke , tengok movie ke . sebab aku tak nak ingat pasal hal aku dengan abang buat aku rindu kat dia , buat aku berfikir . aku tak nak fikir teruk pasal dia , buat aku sedih . "




*******

apa akan jadi kalau aku buat keputusan untuk tidak bersama dia lagi dan aku lepaskan dia untuk buat keputusan dengan perempuan tu ? kalau ini yang terjadi , aku doakan dia bahagia bersama . Ya Allah , tunjukkanlah jalan kepadaku , adakah dia jodohku ? ....

Selasa, 1 Mac 2011

Fullstop 5 : Nur Dania Shaffiyah Bt Ahmad Sani

yes ! as the name above , my 3rd niece sudah ada di rumah . it means , beliau sudah berjaya keluar dari wad . semalam beliau masuk wad 6C , wad untuk baby . ini adalah 1st time i tengok beliau sebab selepas my sister lahirkan beliau , i tak dapat tengok sebab something happened .



inilah beliau yang diberi nama , NUR DANIA SHAFIAH BINTI AHMAD SANI . namanya shafiah i yang pilih sebab i cakap kat ayong , my sister untuk give the name campur gaya lama dan baru . dania nama ala moden manakala shafiah nama lama , nama sejak zaman nabi SAW . shafiah adalah nama isteri nabi . isteri nabi yang kesepuluh kalau tak silap i . shafiah ni asalnya agama nasrani atau yahudi i tak pasti tapi telah dijadikan tawanan oleh nabi . ketika itulah nabi melamar shafiah dan shafiah pun masuk islam . bestkan cerita ni ! shafiah ni pun seorang isteri yang pandai masak sehinggakan aisyah r.a cemburukan masakan shafiah yang sangat sedap itu . itulah kisahnya , jadi kami harap yang shafiah zaman 2011 ini akan menjadi seorang perempuan yang pandai masak seperti emaknya .

kalau kakaknya Nur Farah Aisyah , i panggil Aisyah . untuk beliau ini pula , i panggil Shafiah atau mana-mana nama pendek beliau tapi bukan dania sebab i suka nama-nama lama yang klasik macam ni . bagi i bila sebut nama seperti ini terasa lembut . dalam rumah ni , i seorang je yang panggil aisyah dan shafiah . bagi i nama ni bermakna . kedua-duanya nama isteri nabi .

tanggal 24 Februari 2011 bersamaan 19 Rabiulakhir tahun 1432 hijrah iaitu hari Khamis beliau ini dilahirkan . pada pukul berapa i tak pasti sebab ketika i dapat tau kelahiran beliau , i lambat tau . masa tu pun i tengah kerja . beliau mempunyai 2 pusar sama seperti aisyah . huhu makin bertambah pening laa kepala ayong dengan abang sani sebab 2 pusar bermaksud seorang yang degil . ini sudah nampak dalam diri aisyah apatah lagi apabila beliau ini sudah besar nanti .