Jumaat, 26 Oktober 2012

Fullstop 111 : Eid Al-Adha


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
SELAMAT HARI RAYA QURBAN
SELAMAT HARI RAYA HAJI

macam-macam kan nama
kali kami beraya qurban 5 beradik tanpa mak ayah disisi
sebab mereka sekarang sedang menunaikan rukun Islam yang terakhir

panggilan haji
telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan baitullah
Tanah Suci Makkah

yahhhhhh
mak ayah pergi menunaikan ibadah haji kerana mereka telah mampu maka wajib lahhh tunaikan
ihik
semoga mereka sehat-sehat di sana
dan pulang dengan keadaan yang sejahtera.
minggu depan InsyaAllah sampai Malaysia.
ameen

*******

malam ni ayong yang vuat rendang ayam. instant punyaaaa HAHA sebab serai tak de maka tak boleh nak buat yang manual. heee okeee lahhh rasa gak rendangnya. anyah pun raya kat sini jugak. esok petang baru raya rumah mertua beliau. ayong kat sini je sebab kena jaga kami ni yang tak ada mak ayah di sisi.
hehe

*******


sambutan kali ni kurang sempurna kerana
mak ayah tiada disisi
atas menjalankan ibadah besarbesaran. uhuk

oke bye
semoga selamat pulang yeee mak ayah!


Khamis, 25 Oktober 2012

Tell 49 : Get Rid All Of It


aku baru je tengok gambar orang. gambar orang tengah bahagia. alhamdulillah ... aku berjaya membuang segalanya. ameen

malah, aku rasa macam kelakar bila fikir balik keadaan dulu. menyesal sikit pun ada jugak. the most important is aku akan doakan mereka bahagia dan kekal. biarlahhh apa yang orang fikirkan selama niii salah. orang kata, sebelum dan selepas adalah berbeza. jadi aku harap selepas ni mereka akan sentiasa saling sayang menyayangi dan saling menjaga antara satu sama lain. demi orang ketiga jugak kan. hee

setiap manusia sudah ditetapkan jodoh memasing. bila? dimana? dengan siapa? itu adalah rahsia Allah swt. tetapi kita kena yakin apa sahaja yang diberi itulah yang terbaik.

"jgn siasiakn hbgn korg yg dah lame sgt nih. jgn siasiakn ap yg pernah jadi antare korg. hargai diri memasing. saling memahami. jagalah hubungan sampai habis. may only death will tear both of u apart. aku bersyukur sgt sbb ini ending kita. memasing dah oke, dah bahagia tp aku tau amat mustahil untuk kita bersama emm haha aku faham perasaan dia. jadi korg jgn bermasalah lagi. masalah yg mendatangkn perpisahan. biarlah masalah kecik atau besar diselesaikan dengan care yg sempurna dan oke. yahhhhh memasing dah happy. may Allah swt bless both of u! "

AMEEN


Selasa, 23 Oktober 2012

Tell 48 : Feel Nothing ?

dah nak dekat seminggu. hem tapi aku macam tak rasa apa.
okeee frankly speaking memang kadang-kadang teringat. rindu tapi tak hemmm menggelegak 100 darjah celcius. kenapa yea?

tak tergerak langsung hati aku nak mulakan macam biasa. kenapa yea?

macam sekarang ni pun ... hemm
memang aku ego tapi sejak akhir-akhir ni memang aku tak rasa macam menahan diri. ianya lebih kepada natural flowing. sebab tu aku cakap tak rasa apa-apa. tengok-tengok dah esok hari. jadi semalam tak jadi pape laa. okeee


tak apa, kita tengok untuk beberapa hari lagi nih. atau beberapa minggu lagi? maybe
ihik. 

Ahad, 21 Oktober 2012

Knowledge 1 : Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-nilai Moral



Apakah yang boleh menjelaskan definisi bagi ETIKA?

"ianya adalah satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku manusia"

Jikalau hendak ditafsirkan dari sudut pelbagai bahasa, etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa erti perangai. manakala dari perkataan Latin yang seerti dengan mores iaitu moral. Secara keseluruhannya, etika merupakan panduan kepada manusia untuk mengenal pasti sesuatu perkara itu sama ada negatif atau positif.

Pembahagian etika menurut para sarjana dan ahli falsafah ialah etika meta (meta ethics), etika normatif (normative ethics) dan etika gunaan (applied ethics).

Etika Meta

"disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar"

Ia dapat diperjelaskan bahawa etika meta melibatkan perkara-perkara ghaib dalam kehidupan manusia seperti perkara yang berkaitan dengan Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Etika agama atau etika deskriptif terkandung dalam etika meta yang membincangkan pelbagai fahaman agama yang dianuti oleh manusia dari segi sistem moral mereka.

Etika Normatif

"membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua"

Etika normatif ini melibatkan penaakulan akal dalam membincangkan sesuatu etika moral untuk diterima oleh semua manusia. Teori utama dalam penggunaan etika normatif ini ialah deontologikal dan teleologikal.

Dalam teori deontologikal, ia fokus kepada perlakuan baik-buruk sesuatu perkara itu berdasarkan tindakan. Ia akan menetapkan sesuatu perkara itu baik jika sememangnya maksudnya adalah baik seperti tindakan membantu adalah perkara baik maka jika seseorang itu membantu untuk mencuri, ia tetap akan dianggap perlakuan baik keran membantu.

Berbanding dengan teori teleologikal yang berdasarkan kepada kesan sesuatu tindakan. Ianya bermaksud, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai berdasarkan kesan akhirnya atau hasil akhirnya.

Etika Gunaan

"membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang"

Ia adalah etika yang digunakan sebagai panduan masyarakat dalam sesuatu bidang. Ia juga kadang kala menggunakan konsep etika meta dan etika normatif untuk lebih memberi pemahaman dalam sesuatu perkara.

*******

Terdapat pelbagai jenis aliran etika yang diwujudkan oleh pelbagai fahaman kerana setiap individu mempunyai tafsiran etika yang berbeza iaitu utilitarianisme, hedonisme dan eksistensialisme.

Utilitarianisme berasal daripada perkataan "utility" yang bermaksud kegunaan. Ia menekankan bahawa, kebaikan yang diberikan untuk masyarakat semaksimum mungkin adalah yang terbaik. Hedonisme pula berasal daripada perkataan Greek "hedone". Aliran etika ini sangat mementingkan perasaan dan keadaan yang gembira dan menyenangkan semua masyarakat. Ia tidak menekankan perkara-perkara yang negatif, tetapi hanya mementingkan perkara-perkara yang positif sahaja seperti berpesta. Manakala, eksistensialisme lebih tertumpu kepada kebebasan yang optimum bagi seseorang individu. Ini sangat bertentangan dengan panduan moral sesuatu masyarakat. Aliran etika ini menggalakkan seseorang itu melakukan sesuatu atas kebebasan diri sendiri.

Oleh itu, etika sangat penting bagi manusia menjalani kehidupan keran ia dapat dijadikan panduan dalam membuat pilihan sesuai dengan keadaan ketika itu.

*******

Akhlak Islam

Definisi akhlak ialah sifat yang menyenangkan dan positif dalam kehidupan seharian. ini sangat penting bagi masyarakat Islam dalam memenuhi syarat pendidikan Islam. Aspek akhlak dalam Islam adalah merangkumi semua entiti iaitu sesama manusia dan alam semulajadi. Akhlak mengajar manusia untuk bersikap positif luar dan dalam serta membentuk diri menjadi lebih baik apabila diaplikasikan. Akhlak juga mempunyai kaitan yang kuat dengan adab. Melalui akhlak, manusia dibentuk untuk menjalankan adab-adab yang baik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, melalui pembentukan akhlak dapat menjadikan seseorang individu itu mempunyai adab dalam hidup.

*******



Selasa, 16 Oktober 2012

Tell 47 : Semuanya Akan Dipermudahkan

selama aku hidup dan belajar macam-macam perkara, aku juga melihat dan menginsafi perkara. terutama perkara berkaitan jodoh, maut, takdir ... dan perkara-perkara ghaib yang hanya Allah swt sahaja yang tau.

kita sebagai manusia memang akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. tapi tak semua akan kita dapat. kita akan melalui semua keadaan susah senang dalam mencapai apa yang kita nak, tapi akhirnyaa Allah swt akan permudahkan untuk kita selesaikan.

alhamdulillah ...
seorang kenalan aku sudah sampai jodohnya. jika selama ni dia rasa susah, risau kalau tak dapat nak lepas halangan yang satu ni tapi bila masanya sudah tiba, bila jodoh sudah tiba, Allah swt akan memudahkan segala acara. sangat tak sangka kan!

begitu juga aku.
aku percaya, apa yang terjadi apa yang aku alami untuk selama aku hidup ni adalah ujian dan kelas-kelas hidup yang perlu aku hadiri pelajari untuk mendapatkan hasilnya dikemudian hari.
semoga Allah swt permudahkan juga segala urusan dunia & akhirat aku. ameen

unto HIM is our return.

Selasa, 9 Oktober 2012

Fullstop 110 : Medical Check Up

wahhh saket ke? saket apa? teruk ke? amboiiii jaga sikit kesihatan tu ... awok da laaa jaoh dengan family. apa jadi, siapa yang sedey ...? haaaa

well this is the medical check up compulsory for every students semester 1 UUM. is it clear? ... GOOD !

aku tak saket dan insyaAllah aku sehat untuk setakat aku berada di sini di UUM sekarang.

*******

kebiasaannya, kalau masuk belajar mana-mana politeknik ke universiti ke kolej ke, semua bakal pelajar perlu menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan kan. jadi sama laahh apa yang aku buat sekarang ni. pemeriksaan kesihatan tapi dijalankan oleh pihak UUM di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). jadi sebelum aku mendaftar menjadi pelajar UUM ni, aku dah bayar siap semua yuran termasuklahhh bayaran untuk pemeriksaan kesihatan ni. lebih kurang dalam RM80. if im not mistaken.

kitorang memang dah diberi jadual memasing ikut nama. jadi, pepagi lagi aku dah bersiap nak pergi PKU. semangat nih! aku memang suka buat ujian kesihatan. seronok! dan juga aku kalau boleh tak nak ponteng kelas. kelas aku hari ni agak penting. STATISTIK dengan KEWANGAN. kalau aku ponteng, memang susah laaa nak catch up balik. matematik kann. tapi aku berjaya ikut kelas kewangan. statistik tak pe laaa, insyaAllah boleh kot. 

*******

sampai sana, aku kena daftar. dapatlahh dua jenis borang. borang maklumat diri dan borang ujian makmal. jadi aku kena isi dulu lahhh kedua-dua borang tersebut. settle isi, aku buat ujian x-ray. 


lepas buat x-ray. pergi timbang berat pulak dengan ukur ketinggian. berat aku oke laaa huuu 56kg tinggi 152 cm. haaa boley laaa. lepas tu buat ujian mata. aku memang rabun dan pakai cermin mata jadi lulus.

buat ujian makmal pulak. ujian air kencing, nasib baeek aku boleh kencing sebab aku susah sikit kencing ni. huuu lama gak laaa tunggu keputusan. settle pergi jumpa doktor pulak. tekan-tekan perut, tengok mata. oke DONE! 

PELAJAR INI TIDAK MENGHADAPI SEBARANG PENYAKIT

huuuu

alhamdulillah aku sempat naik bas dan sempat pergi kelas kewangan. fuhhh

oppss, aku tak buat ujian darah sebab kalau nak buat kena bayar RM10. oleh kerana aku dah pernah derma darah twice so i know my blood group. O +ve. no need to check again costly RM10. btw tomorrow pun ada program derma darah kat tradewinds. memang aku akan pergi laaa kalau aku layak laaa, ameen.

haaa untuk pelajar perempuan lahir tahun 1993 akan dapat suntikan HPV percuma. aku?
aku lahir tahun 1989. so tak layak! amboiiii tak aci betul!! 




Selasa, 2 Oktober 2012

Fullstop 109 : Panggilan Haji!

tak lama lagi dah nak raya haji kan. sekarang ni orang sedang sibuk buat persediaan nak sambut raya haji. ada jugak yang buat persediaan untuk berangkat ke tanah suci. yahhhh itu lahhh cerita kali ini.

PANGGILAN HAJI

menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima bagi yang mampu lahhh. dan ianya adalah impian umat Islam  seluruh dunia. aku pun impikan jugak. sebab tu ayah aku dah buka awalawal akaun tabung haji aku. jadi mulai sekarang aku dah boleh menabung tapi aku tengah belajar jadi, emmm postpone. ihik

aku kat epoh sekarang. bukannya cuti raya haji atau cuti mingguan. well today is tuesday kann tak kan cuti mingguan. semalam lagi aku dah bertolak ke epoh dan petang ni aku dah kena balik sintok.


jadi, tujuan aku balik epoh bukan sajasaja okeee. mak ayah aku dah dapat panggilan haji. alhamdulillah.
jadi aku balik dengan adik aku, alul. nak menghantar pemergian mak ayah aku ke tanah suci. semoga Allah swt memberkati dan merahmati perjalanan mak ayah aku. ameen!

aku dengan alul tak dapat nak hantar sampai ke airport. emm KLIA. sebab kami dah kena balik u memasing kan. esok dah ada kelas. jadi hantar dari rumah je la. kakak aku yang sulung dengan adik bongsu aku yang hantar ke KL. kakak aku yang kedua dah balik epoh khamis lepas. jadi sebulan lahhh kami hidup tanpa mak ayah disisi tapi dekat dihati. heee


LUV U LAHHHH MAK & AYAH!

azie doakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dalam keadaan sehat sejahtera dan segala urusan dipermudahkan yang Maha Kuasa, ameen

*******

memang kita akan dengar macammacam berita mengenai jemaah haji di sana. kita akan di update sentiasa keadaan mereka. dan aku harap tiada perkara yang tak elok akan berlaku. biarlahhh aku tak menangis masa hantar mak ayah aku pergi tapi menangis bila sambut kepulangan mak ayah aku dalam keadaan sihat wal afiat. ameen