PANGGILAN HAJI
menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima bagi yang mampu lahhh. dan ianya adalah impian umat Islam seluruh dunia. aku pun impikan jugak. sebab tu ayah aku dah buka awalawal akaun tabung haji aku. jadi mulai sekarang aku dah boleh menabung tapi aku tengah belajar jadi, emmm postpone. ihik
aku kat epoh sekarang. bukannya cuti raya haji atau cuti mingguan. well today is tuesday kann tak kan cuti mingguan. semalam lagi aku dah bertolak ke epoh dan petang ni aku dah kena balik sintok.
jadi, tujuan aku balik epoh bukan sajasaja okeee. mak ayah aku dah dapat panggilan haji. alhamdulillah.
jadi aku balik dengan adik aku, alul. nak menghantar pemergian mak ayah aku ke tanah suci. semoga Allah swt memberkati dan merahmati perjalanan mak ayah aku. ameen!
aku dengan alul tak dapat nak hantar sampai ke airport. emm KLIA. sebab kami dah kena balik u memasing kan. esok dah ada kelas. jadi hantar dari rumah je la. kakak aku yang sulung dengan adik bongsu aku yang hantar ke KL. kakak aku yang kedua dah balik epoh khamis lepas. jadi sebulan lahhh kami hidup tanpa mak ayah disisi tapi dekat dihati. heee
LUV U LAHHHH MAK & AYAH!
azie doakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dalam keadaan sehat sejahtera dan segala urusan dipermudahkan yang Maha Kuasa, ameen
*******
memang kita akan dengar macammacam berita mengenai jemaah haji di sana. kita akan di update sentiasa keadaan mereka. dan aku harap tiada perkara yang tak elok akan berlaku. biarlahhh aku tak menangis masa hantar mak ayah aku pergi tapi menangis bila sambut kepulangan mak ayah aku dalam keadaan sihat wal afiat. ameen


Tiada ulasan:
Catat Ulasan