well this is the medical check up compulsory for every students semester 1 UUM. is it clear? ... GOOD !
aku tak saket dan insyaAllah aku sehat untuk setakat aku berada di sini di UUM sekarang.
*******
kebiasaannya, kalau masuk belajar mana-mana politeknik ke universiti ke kolej ke, semua bakal pelajar perlu menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan kan. jadi sama laahh apa yang aku buat sekarang ni. pemeriksaan kesihatan tapi dijalankan oleh pihak UUM di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). jadi sebelum aku mendaftar menjadi pelajar UUM ni, aku dah bayar siap semua yuran termasuklahhh bayaran untuk pemeriksaan kesihatan ni. lebih kurang dalam RM80. if im not mistaken.
kitorang memang dah diberi jadual memasing ikut nama. jadi, pepagi lagi aku dah bersiap nak pergi PKU. semangat nih! aku memang suka buat ujian kesihatan. seronok! dan juga aku kalau boleh tak nak ponteng kelas. kelas aku hari ni agak penting. STATISTIK dengan KEWANGAN. kalau aku ponteng, memang susah laaa nak catch up balik. matematik kann. tapi aku berjaya ikut kelas kewangan. statistik tak pe laaa, insyaAllah boleh kot.
*******
sampai sana, aku kena daftar. dapatlahh dua jenis borang. borang maklumat diri dan borang ujian makmal. jadi aku kena isi dulu lahhh kedua-dua borang tersebut. settle isi, aku buat ujian x-ray.
lepas buat x-ray. pergi timbang berat pulak dengan ukur ketinggian. berat aku oke laaa huuu 56kg tinggi 152 cm. haaa boley laaa. lepas tu buat ujian mata. aku memang rabun dan pakai cermin mata jadi lulus.
buat ujian makmal pulak. ujian air kencing, nasib baeek aku boleh kencing sebab aku susah sikit kencing ni. huuu lama gak laaa tunggu keputusan. settle pergi jumpa doktor pulak. tekan-tekan perut, tengok mata. oke DONE!
PELAJAR INI TIDAK MENGHADAPI SEBARANG PENYAKIT
huuuu
alhamdulillah aku sempat naik bas dan sempat pergi kelas kewangan. fuhhh
oppss, aku tak buat ujian darah sebab kalau nak buat kena bayar RM10. oleh kerana aku dah pernah derma darah twice so i know my blood group. O +ve. no need to check again costly RM10. btw tomorrow pun ada program derma darah kat tradewinds. memang aku akan pergi laaa kalau aku layak laaa, ameen.
haaa untuk pelajar perempuan lahir tahun 1993 akan dapat suntikan HPV percuma. aku?
aku lahir tahun 1989. so tak layak! amboiiii tak aci betul!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan