masa tu kitorang yang menderma ni dapat air, biskut dengan duit RM5. heee but its not my main intention donating blood. tapi bila dapat, alhamdulillah laa kan. kitorang pun dapat MC sehari. maknanya esok tak payah buat aktiviti modul. heee kebetulan esoknya giliran kompeni aku jaga hari kedatangan keluarga. jadi aku tak payah join laa, duk dorm jeee hee
dan sejak itu, aku sangat mencintai pendermaan darah! yay!
*******
ada yang takut sampai sekarang kan derma darah.
ada yang fikir bukan-bukan.
ada yang percaya boleh jadi gemuk laa apa laaa.
well, bullshit itu semua! yahhhh
okee di sini terdapat sedikit maklumat mengenai derma darah ea. hee
apa gunanya darah yang kita derma nih?
darah-darah ni digunakan untuk kese-kes pembedahan, kemalangan, leukemia, barah, talasemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan ect. selalunya kita akan menderma sebanyak 450ml iaitu kurang daripada isipadu 1 pain (568ml).
*tapi i derma 300ml jeee mueheheh*
haaa siapa yang boleh derma darah? tak semua layak okeee, even aku pun 3 4 kali jugak laa try menderma tapi asyik tak layak *darah kureng!
tapi kelmarin setelah menjalani beberapa ujian saringan, baru lahhh layak! alhamdulillah
1. sihat tubuh badan ketika nak menderma. sebab nanti dah menderma kita akan kehilangan banyak darah, ye laa dah bawak keluar kann. jadi, badan kena sihat. tak laa pitam keee muntah ke. terjadi okee.
2. umur pun bersyarat jugak. umur kena 18 - 60. kalau bawah 18 kena dapatkan keizinan daripada ibubapa atau penjaga. macam aku dulu masa menderma kat PLKN, aku kena tunjuk surat keizinan ibubapa. hehe aku muda lagi masa tu. macam sekarang nii, sukati aku nak derma ke tak. tapi bagi warga emas pulak yang umurnya 60 ke atas kena dapatkan surat kebenaran gak. dari siapa? dari doktor sebab nak pastikan yang beliau sihat tubuh badan.
3. okeee, penting yeee. berat badan kena lebih 45kg. huuu aku memang layak selayaknyaa lahhh. you know why. eheh
4. seelok-eloknyaa tidur kena cukup. bagi umur macam aku nii kene lebih 5 jam. supaya kita berada dalam keadaan segar dan waras keesokkan hari.
5. tiada masalah kesihatan. macam sakit jantung ke, lelah kee fuhhhh bahaya-bahaya. nanti tiba-tiba terkejut masa kena cucuk. naya!
6. sebelum hari menderma pastikan kita tak mengambil sebarang ubatan atau antibiotik. emm sebenarnya dalam tempoh 7 hari sebelum menderma.
7. pastikan MAKAN! sebelum menderma. hehe jangan perut kosong. dah laaa nak bawak keluar darah tapi perut kosong. apa yang tinggal dalam tu nanti. ohhh yesss nasihat masyarakat *makan sayur bebanyak dan makanan penambah darah supaya tak jadi masalah macam aku, tak layak menderma sebab darah cair/kurang. huh
8. pastikan tak terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi seperti homoseksual, biseksual, berhubungan dengan pelacur, bertukartukar pasangan dan mengambil dadah secara suntikan. kerana berisiko untuk berhadapan dengan penderma yang ada HIV kee AIDS kee SIFILIS keee. *btw, its illegal in Islam kann, dosa! nonono
9. bagi golongan perempuan, pastikan tak mengandung, tak datang haid dan tak menyusukan anak. eheh
10. jangan menderma darah jika korang pernah tinggal kat UK atau Republik Ireland dalam tahun 1980 dan 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih. dan sesiapa yang pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang pun tak boleh
okeee, kalau dah menderma apa yang perlu dilakukan? yes penting yee sebab nanti ada nyaa masalah pening laa, nak muntah laaa dan macammacam.
haaa makan makanan ringan, kebiasaannya pihak kesihatan ni akan bagi air milo atau air bersusu dan makanan atau vitamin kepada setiap penderma. macam aku dapat air susu perisa coklat, air soya, vitamin B Complex, Iron Tablets, Vitamin C. heee best kannn. REHAT. ini lagi penting. lepas derma pergi rehat. sebab cecair dalam badan kita dah berkurang. REHAT okee. jangan buat bendabenda berat sebab kita dalam kondisi yang amat lemah.
*******
tengok! aku menderma tapi masa ni dah settle pun. tengah rehat. dah dua kali aku derma dan aku sangat kuat. muehehehehe sebab aku tak rasa nak pitam atau apaapa. *berlagak ohh
JOM DERMA DARAH!
credit to
*untuk pengetahuan lebih lanjut


Tiada ulasan:
Catat Ulasan