Khamis, 23 Februari 2012

Tell 19 : Sadness Beginning

Aku tak pasti dia sayangkan aku atau tak. Aku hanya berserah pada ketentuan. Pengalaman betul mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam hubungan. Aku mengajar diri untuk tidak meletak harapan penuh selagi tak nampak apa yang tersirat.

Hem, aku nak ada kereta sendiri. Rumah sebiji. Motor dah ada, ok la kan. Sekarang aku tengah nak habiskan semester akhir ni, lepas ni insyaAllah aku akan sambung lagi. Doakan!

Kami mungkin suka sama suka tapi belum tentu saling sayang menyayangi, jadi just let it flow with the time slowly. Ada jodoh semua akan jadi senang, itu kata-kata kawan baik aku. Terima kasih! Aku percaya pada takdir. Qada' qadar. Aku percaya pada jodoh yang sudah ditentukan dalam loh mahfuz. Kalau dia orangnya aku bersyukur ya tuhan! Kalau disebaliknya, aku akan terima seikhlas hati. Allah swt lebih mengetahui hati manusia dari manusia itu sendiri. Dan Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tiada ulasan: