Isnin, 27 Februari 2012

Fullstop 88 : New Born Boy & 1 Year Old Girl

aku sepatutnya tak boleh balik cuti mid sem ni. banyak lagi kerja projek group aku nak kena settle kan. tapi ... aku balik ni pun sebab nak buat kerja gak. tapi ... HAHA kakak aku yang kedua nak bersalin. anak kedua and expected, BOY.


MUHAMMAD AFI HILMI BIN KHAIRUL AZHAR

masa kakak aku lahirkan anak sulung, aku tak ada kat ipoh. jadi aku tak sempat nak tengok masa mula lahir. sekarang aku berkesempatan laaa. and i really miss my nieces and nephew, Adib. 


NUR FARAH AISYAH BINTI AHMAD SANI


NUR ADRIANA DALILAH BINTI KHAIRUL AZHAR


NUR DANIA SHAFIYAH BINTI AHMAD SANI


MUHAMMAD ADIB DANISH BIN AHMAD SANI

*******

kakak aku dah lama masuk wad. hari isnin dah masuk. ak sampai ipoh hari rabu, masa aku pergi lawat kakak aku, dia dalam wad lagi. tunggu masa. kepas tu aku balik, hubby dengan mak aku yang tunggu dia. so kat rumah memang aku, adik bongsu dengan kakak sulung aku yang jaga bebudak 3 orang tu. dah laa hyper, adoiii  kakak sulung aku pulak baru lepas pantang. memang tenaga tak banyak, jadi agak penat sebenarnya jaga budak ni tapi best. HAHA berpengelaman sekejap aku, boleh dah niiii HAHA

hari khamis hari paling sibuk bagi aku nak jaga bebudak ni sebab dalam rumah tu ada aku, kakak sulung yang tak berapa nak sihat tu dengan adik bongsu yang tak ada skill lagi nak jaga budak HEEE malam tu aku ingatkan mak aku balik tapi tak boleh sebab kene tunggu kakak aku sebab dia da masuk labour room. tunggu masa je. penat gak laaa nak layan bebudak ni, dengan asyik gaduhnyaaa, usik orang tu usik orang ni. nak bagi tidur pun payah sebab dah seronok main kan, tidur pun jadi tak nak. lagi lagi yana sebab nak kena tunggu buai dia. jadi aku pun tunggu ngan kakak aku tunggu shafiyah. aisyah pulak meragam tak nak tidur dulu. nak aku tidur sama sebab malam tu aku tidur dengan bebudak tu. shafiyah tidur dengan ibunya. bila aisyah dah tidur, aku angkat yana masuk bilik. oke tidur ...

tiba-tiba ... wahhhh seperti biasa aisyah mimpi apa aku pun tak tau sampai bergolekgolek tidur kena kepala aku. HAHA sampai laaa pukul 2 pagi macam tu, mak, ayah dengan abang azhar balik. alhamdulillah anyah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3kg. fuhhh. aku tidur dalam bilik dengan mak. aisyah tidur dengan adik kat luar sebab dia meragam. yana tidur dengan abahnya kat luar. HEE

maknanya lahirnya afi berkongsi tarikh lahir dengan shafiyah. 24 Februari. beza setahun je mereka tu.

*******

BIRTHDAY GIRL!!!!

kali ni kakak aku buat macam birthday party, ada belon segala bagai. 




HAPPY 1 YEAR OLD SHAFIYAH! MAY ALLAH SWT BLESS AND HAVE A NICE DAY TILL END. I LOVE YOU AND ALWAYS!

Tiada ulasan: