Isnin, 27 Februari 2012

Tell 20 : Waiting - Good News

berita baik? ntah ada ntah tak ada. aku tak mengharap apa-apa. aku percaya pada peluang jadi aku hanya bagi peluang. kita merancang bukan, Allah swt yang menentukan. jadi aku merancang untuk memberi peluang dan memaafkan tapi tengoklah masa depan aku nanti macam mana. Allah lagi tau apa yang terbaik untuk hambanya. aku percaya tu.

sekarang aku dah sampai JB, masa untuk aku bekerja balik. lupakan apa yang terjadi dan tunggulah berita. biarlah apa yang akan terjadi dan tunggulah panggilan dari-Nya.

aku dah dengar macam-macam cerita tapi aku pilih untuk memberi peluang. sekarang mungkin macam ni, mungkin 3 tahun akan datang akan jadi macam ni. more better, who knows. lagi pun insyaAllah aku mungkin nak sambung belajar jadi masih ada banyak masa lagi untuk memasing mengubah diri sendiri, membetulkan apa yang tersilap. kalau bukan tercipta untuk memasing, terima dengan hati yang terbuka dan percaya untuk kita ada di luar sana.

aku sayangkan dia, tapi tak mustahil untuk berubah hati kan. jadi aku memang tak nak mengharap apa-apa bukan tak percaya pada hati dia, tapi pada hati aku juga. aku pesan pada dia jangan berharap sangat. mungkin bukan dia, tapi aku. aku sayang dia tapi aku tak meletakkan pada tahap macam dulu, sayang melampau sampai pelajaran aku, hidup aku terkesan. sekarang aku tak nak jadikan masalah utama manusia ni penyebab untuk aku gagal dalam hidup aku. banyak lagi benda aku nak kejar. diri sendiri pun tak cukup sempurna.

Tiada ulasan: