aku baru balik dari Hatyai, Thailand yeee. 3D2N class trip from 3 February to 6 February 2012.
kalau masa semester 3 class trip aku ialah Universal Studio of Singapore. kali ni semester 6, kami pergi sebelah utara pulak. HATYAI, THAILAND! yay program ni dah lama rancang, sebelum praktikal lagi (semester 4). masa tu our PA aka Mummy Yani asked us to find any pakage yang kami semua mampu nak ikut. tapi seorang pun tak jumpa, aku pun, HAHA lagi pun aku praktikal kat perak. boleh jee guna agency aku tapi jauh plak kan perak.
dah masuk semester 5, bincang lagi nak pergi mana. akhirnya ... pakej daripada Mummy Yani sendiri iaitu daripada POTO Travel. pada mulanya nak pergi indonesia tapi bayaran nya memang sangat lahh mahal. lebih dari yang telah dibajet. flight sahaja dah cecah RM500, memang tak laaaa
so, decided Hatyai, Thailand.
*******
naik coach bus dari Johor-Kedah. sampai Bukit Kayu Hitam, kami pergi dengar taklimat dulu dari pihak Tourism Malaysia Kedah. masa tu taklimat kat border Malaysia.
*******
settle, baru gerak masuk Thailand. selama nak menunggu proses kemasukan ke Thailand ni memang memberi kesabaran yang tinggi. ramainyaaaa orang nak masuk sana. tak macam masa nak masuk Singapore, simple, selesa, mudah dan cepat.
lepas tu pergi shopping kat Nora Plaze, if im not mistaken. kat sana jual barangan kulit dan souvenir macam key-chain ke, beg ke & etc. kat sana aku beli beg & tali pinggang untuk mak dan ayah aku. HUHU kat sana mahal sebenarnya, so jangan pergi sana kalau nak melabur duit. untuk window shopping boleh laaaa
then, check in Hatyai Holiday Hotel. aku sebilik dengan niza.
*******
lepas masuk je hotel, petang tu juga, aku ikut awin, mira dengan sara oergi cari baju tshirt yang ada tulis
I LOVE HATYAI
TAK JUMPA OKEEE! PENAT KAKI OKEE! tapi ... really have fun, sebab kami jalan berempat kat tempat asing, hampir nak maghrib lepas tu cari kedai tak jumpa, hampir sesat konon nak ikut laluan bas tapi ingat-ingat lupa laluan tu. endingnya ... naik tuk-tuk balik hotel.
*******
lepas tu MPG Night. emmm overall, sucks! jangan pergi KABUKI EXCLUSIVE CLUB OKEEE! sangat menipu yeeee itu pekerja. kesian budak kelas aku, tak memasal ... heee
penat gak berlawan masa tuuu, sara laaa berjaya buang satu. BAGUSS!
dahdah , tak payah fikir sangat. just take it as our experience. masuk tempat orang perlu berhati-hati yeee. alert dan keras sikit. bak kata ayah aku yang tersayang "tak kena tak blaja" so, kalau tak jadi benda macam ni, kita tak akan belajar untuk berhati-hati kemudian hari. okeee DUP6C!
*******
lepas tu ada lagi laaa, pergi main ais kat Hatyai Ice Dome, floating market dan yang paling best shopping kat Le Garden Plaza. kat sana kebanyakan barang murah-murah dan boleh tawar. hari-hari buka, banyak pilihan. tempat ni macam pasar malam just they open it everyday. kat sini laa aku borong tshirt tadi habis-habisan sebab murah kannn. heee
malam terakhir kat sana, kami jalan-jalan kat le garden plaza berempat. sara mengurut, awin buat manicure. aku nak buat tapi lari bajet nanti. so, aku dengan mira tengok je la. HEHE
balik hotel, packing dan tidur. fuhhhhhhh!






Tiada ulasan:
Catat Ulasan