Jumaat, 10 Jun 2011

Review 3 : Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides


watak & perwatakan
johnny depp (kapten jack sparrow), penelope crus (angelica malon), geoffrey rush (kapten barbossa), ian mcshane (blackbeard), kevin mcnelly (mr. gibbs), sam claflin (philip), astrid berges-frisbey (syrena), richard griffiths (king george), 

seimbas lalu
jack sparrow sepatutnya kena hukuman bunuh lepas kena tangkap dengan orang-orang king george. tapi lepas bersemuka dengan king george, jack diberi peluang untuk berkhidmat dengan king george mencarikan fountain of youth iaitu sejenis air yang boleh membuatkan seseorang itu hidup kekal abadi. tapi tak disangka-sangka, jack perlu bergandingan dengan kapten barbossa yang sekarang ni jadi orang raja, kapten kapal diraja la kiranya. jack tak nak bekerjasama dengan barbossa, jadi dia berusaha lepaskan diri dan memang berjaya laa.

jack terserempak dengan ayahnya dan ayahnya beritahu sedikit sebanyak pasal fountain of youth. masa tu juga jack dapat tau ada orang menyamar jadi dia untuk mencari anak-anak kapal. rupa-rupanya orang yang menyamar tu adalah bekas kekasih jack, angelica malon. angelica nak kumpul anak kapal dengan tujuan yang sama, fountain of youth. akhirnya jack menjadi salah seorang anak kapal angelica. ketika di atas kapal jack dapat tau itu adalah kapal queen ann's revenge iaitu kapal kepunyaan blackbeard yang jahat. 

ketika dalam perjalanan memang macam-macam yang jack kena tempuh. salah satunya menghadapi ikan duyung yang ikut mitos adalah seorang perempuan yang cantik dan akan menggoda anak-anak kapal seterusnya membawa mereka ke dasar laut dan makan.

tapi yang pasti cerita ini tak ada kelibat elizabeth swann dan will turner. langsung tak ada! HUHU

persoalannya :
1. apa hubungan antara angelica malon dan blackbeard?
2. kenapa barbossa nak sangat cari fountain of youth?
3. kenapa dengan perasaan jack sparrow?
4. apa sebenarnya fountain of youth ni?

*jadi kepada anda-anda sekalian, silalah tonton cerita lanun ni yea*

*******

aku memang minat dengan johnny depp. apa saja watak yang dia lakonkan memang menjadi dan pelik. kecuali the tourist. aku tak tengok lagi. perangai jack sparrow ni pun aku suka. gila, banyak muslihat, nakal tapi sebenarnya baik. dia pentingkan kawan dan impian dia satu je, nak jadi Kapten Jack Sparrow untuk kapal Black Pearl. HUHU he wants to rule the sea. he wants to be the king of sea. adakah ini siri yang terakhir? atau ada lagi?


2 ulasan:

bila blog bercerita berkata...

dah tengok.......xbest law nak bndgkan ngan episod2 yg lps....action kurang~~

Unknown berkata...

HAHA yup, tak dinafikann action kurang but then the sarcasm, the jokes is there. btw, time kaseh kerana mengomen. <3