Jumaat, 10 Jun 2011

Fullstop 42 : Home Sweetest Home

saye keluar dengan kawan sekelas masa seklah rendah dulu. Syamsiddar Haruddin. dah lama tak jumpa dia. ini jumpa balik pun sebab hari tu kakak sulung dia kahwin, saya jumpa dia kat kenduri. masa tu la bagi nombor telefon masing-masing. dan hari ini, kami keluar sama-sama. dia ajak tengok wayang cerita Nur Kasih tapi tak ada. jadi, kami tengok cerita Pirates of The Carribean.

habis wayang, kami ingat nak balik je rumah sebab dah tak tau nak pergi mana. tapi saye teringin plak nak pergi hospital bahadia, jadi saye ajak dia pergi sana ronda-ronda. masa lalu kat rumah saya yang dulu, saya suruh dia berhenti, singgah sekejap sebab saye tengok tak ada orang kat kawasan rumah tu, sebab tu saye nak singgah sekejap. rindunyaa!


*******



ini halaman tepi rumah saye. kat sini dulu ada pokok manggis tapi tak pernah berbuah. ada pokok rambutan. memang best! selalu bila musim jee, kami adik-beradik panjat ambil buah rambutan. kat sini jugak mak berkebun. macam-macam pokok mak tanam, betik, pokok bunga, pokok kunyit. macam-macam lahh


ini pemandangan belakang rumah. huhu pokok pun dah ada kat dalam. kat sini tempat kami jemur pakaian, main guli, main ting-ting. dulu kami ada jugak bela kucing macam sekarang ni. semua kucing yang mati, semua kami tanam kat sini. kiranya kat sini adalah kubur kucing la.


ini bilik kami adik-beradik perempuan tidur. masa tu ada dua katil jenis katil. single dan double-decker. single tempat anyah tidur. double-decker plak tempat saye dengan ayong. saye tidur kat bahagian atas.


bilik air. bila saye pergi tengok tadi, emm keciknyeee! saye dah besar sekarang. dulu masa kecik-kecik rasa bilik air ni macam luas. boleh mandi ramai-ramai. 3 atau 4 orang. ada kolah dalam ni. selalu mandi dalam tu. mak dengan ayah marah sebab air kotor la kann, nak kena ganti air balik. hee


inilah bahagian dapur. ada tempat asap keluar. orang panggil corong asap. huhu tempat saye selalu menyibuk bila mak masak. tempat saye sama-sama dengan kakak buat kuih raya.


ini bahagian lagi belakang rumah. belakang rumah saye memang ada satu padang luas. kalau tak ada pokok ni, memang boleh main bola. best! kalau saye merajuk, nak menangis ke selalu pergi sini. rasa angin petang memang best. duduk sensorang layan perasaan. fuhh! rindunyeee


okee itu adalah alamat rumah lama saye ni. selama 13 tahun saye guna alamat tu kalau nak isi apa-apa borang ke atau bagi kat orang. 1965! sangat memorable.

*******

rinduneee, kalau sekarang ni kami masih lagi duduk kat rumah tu, memang setiap hari saye pergi padang belakang ambil angin. best! bawak abang sekali, sama-sama rasa angin tuu. rumah sekarang ni tak ada tempat nk buat macam tu, memang ada padang depan rumah tapi setiap hari, setiap masa ada jee orang kat padang tu. kalau rumah lama, terasa padang belakang tu saye yang punya sebab tak ramai orang tau. kalau orang lalu lalang depan rumah, memang tak boleh nampak padang tu. HUHU best!!

rindunyee ... hemm teringin nak bawa abang datang sana. nanti rumah tu nak kena robohkan. agak sempat takk?

Tiada ulasan: