bersyukur laa
1. suami/isteri kita tidur berdengkur kerana sudah pasti dia tidur di sebelah kita, bukan dengan orang lain
2. anak/adik perempuan merungut-rungut ketika cuci pinggan. sapu lantai, kemas rumah. sudah pastilah dia ada di rumah, bukan berpeleseran dijalanan
3. zakat pendapatan yang perlu dibayar. sudah pastilah kita masih ada pekerjaan
4. pakaian kita dah tak muat. sudah pastilah sebab kita cukup makan
5. lantai perlu dimop, tingkap perlu dilap. sudah pasti kita masih ada tempat tinggal
6. mendengar bunyi bising jiran-jiran. sudah pasti kita masih boleh mendengar
7. terdapat timbunan pakaian yang perlu dicuci atau digosok. sudah pasti kita masih ada pakaian untuk dipakai
8. terasa letih atau lenguh sebab bekerja. sudah pasti kita masih lagi mampu bekerja
9. tempat letak kereta jauh daripada pejabat. sudah pasti kita masih mampu untuk berjalan
10. mendengar jam loceng berbunyi pada setiap pagi. sudah pasti kita masih boleh bernafas untuk meneruskan hidup

Tiada ulasan:
Catat Ulasan