Khamis, 31 Mei 2012

Tell 39 : Al-Fatihah ...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
 “Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya).” 
(Hadis Riwayat Muslim)

disini dapat dilihat yee adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim itu menunaikan hak sesama muslim. hak terakhir adalah terpenting kerana ia memberikan pahala yang besar kepada sesiapa yang menziarahi orang yang meninggal dunia. InsyaAllah ...

 “Siapa yang menghantar jenazah hingga menyembahyangkannya maka baginya pahala satu qhirath, dan siapa yang mengantarkannya hingga dikebumikan maka baginya pahala dua qhirath”, baginda ditanya: “Apakah yang dimaksud qhirath ?”, baginda menjawab: “Bagaikan dua gunung yang besar“ 
(Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim).

*******

إنا لله و إنا إليه راجعون

"To Allah we belong and unto Him is our return"


al-Fatihah kita sedekahkan kepada pakcik Hashim, abah dia keatas pemergian beliau ke rahmatullah. semoga roh beliau diberkati dan dicucuri rahmat-Nya. ameen

*******


aku baru balik menziarahi abah kawan aku meninggal. kawan? yup, itu yang aku fikirkan sekarang.

aku terkejut bila dapat messaged dari Ckin yang abah dia dah meninggal pukul 4.00 petang tadi. aku memang dah lama tak jumpa arwah. last aku jumpa dia, emm tak ingat lahh. tapi yang paling aku ingat aku pernah jumpa sekali malam. berbasa-basi masa tu, saja sembang-sembang. arwah oke. even nampak garang tapi sebenarnya dia oke. kesian aku tengok ekin tadi, dia memang rapat dengan abah dia. lepas tengok jenazah buat kali akhir dia memang tak tahan dah ... badan lemah, hampir nak jatuh tadi. nasib ada saudara mara dia tolong tenangkan dia. dia pun aku tengok sibuk nak uruskan itu ini. sebab dia anak sulung. sekarang semua tanggungjawab kat atas bahu dia seorang. sekarang kalau ada apa-apa hal, orang akan rujuk dia. hemm

tadi aku dengan family dia dari start pergi sampai baru balik ni. aku seorang je tinggal masa tu teman family dia sebab adik dia tumpang kereta aku kan. singgah sekejap kedai makan, lapar. kesian aku tengok mak dia. penat, sedih. semua laa ada.

pukul 1.00 aku sampai rumah, terus mandi. fuhh alhamdulillah semua berjalan lancar.

*******

sabar ea, kau kena kuat. tanggungjawab kau besar sekarang. aku ada je kat sini kalau kau ada apa-apa masalah. kau kena banyak-banyak berdoa untuk abah kau. setiap kali kau teringat kat allahyarham, kau sedekahkan al-Fatihah. kau anak sulung, semua perkara akan terletak kat bahu kau. aku harap kau kuat, kau tabah nak hadapi semua ni. ekin ada cakap tadi "tak sempat abah nk tgk amy kawen ngan k.azie" aku diam jee. aku sedih sangat bila dengar adik kau cakap macam tu. aku harap hubungan kita akan tetap macam ni. aku tak nak bagi harapan apa-apa. aku minta maaf sangat keluarga kau kalau aku ada buat apa-apa salah, tersilap kata tersilap langkah. kau jangan risau, orang sekeliling kau akan tolong kau. kau tak sorang-sorang. kau ada family, kawan-kawan, kau ada aku ... kau ingat tu, kau ada aku... Assalamualaikum
 

Tiada ulasan: