"ko mrh aku lg?"
aku bukan setakat marah. semua ada, bercampur. bak kata tulisan somebody yang aku pernah baca 'im like a blender' semua dah bercampur tapi itu dulu, masa malam hilangnya semua tentang kita. sekarang aku dah lebih tenang, dah oke dengan keadaan ni, aku lega. aku bersyukur jadi macam ni. jadi tak payah ada masalah lagi. kau dengan kehidupan kau, aku dengan kahidupan aku.
aku maafkan kau.
"aku cube nk tinggikn ego aku nk lupakn ko tp ego aku takat ni je sbb aku xtaw pe mslh aku xleh nk lupakn ko..."
lelaki memang terkenal tinggi dengan ego. ego yang tak nak kalah dengan perempuan. tak nak orang keliling kata kau tu lemah, dayus. tapi kejujuran satu keberanian yang menunjukkan seseorang itu tinggi darjatnya, betapa dia sangat menjaga egonya, ego untuk tidak berlaku jujur. meminta maaf.
"tp andai kata ad ruang lg utk aku dlm hati ko ..."
tak kan ada dah. hati aku dah tak tertulis nama kau. hati aku dah kosong dengan nama lelaki. hati aku sedang dalam proses pemulihan untuk menulis nama yang lain pulak.
"aku xkisah kalo aku kena lg sbb aku yg x pandai nk hargai ap yg ad depan mata ak dulu"
semua orang akan belajar menghargai apabila terjadinya kehilangan. tapi, kau dah hilang aku banyak kali sebenarnya. untuk kali terakhir ni kau hilang aku terus dan untuk kali terakhir ni lah baru kau belajar erti menghargai. kenapa kau tak fikir dulu sebelum kau buat apa yang telah kau buat sekarang?
"ko mmg da x de rase syg kat ak lgsung?"
langsung.
hilang semua perasaan aku dekat kau.
hilang semua keinginan aku dekat kau.
hilang semua.
"ak menyesal ak cll ari tu, kalo x bnda ni x kn jadi"
setiap benda yang jadi semua telah ditentukan. Allah swt gerakkan hati kau untuk called aku, untuk terjadinya perkara macam ni. kenapa?
sebab Dia nak hamba-hambanya belajar dan ingat Dia. ingat dalam hidup kita tak semua yang kita suka, tak semua yang menjadi pilihan kita itu yang menjadi hak kita selamanya.
"ak ttap tggu peluang utk ak tu pun kalo ad"
peluang yang aku beri dah banyak.
peluang yang aku beri dah puas aku tunggu hasilnya.
sekarang
aku bagi peluang tu pada orang lain, orang yang akan tunjukkan kat aku effort. tunjukkan kat aku yang masih ada lagi manusia dalam dunia ni yang sayang aku, yang boleh hargai aku sebagai seorang perempuan.
*******
aku tak sangka aku alami pengalaman macam ni. untuk sepanjang hidup aku, untuk selama aku kenal lelaki, aku tak sangka aku akan merasai perasaan macam ni. aku memang belajar dengan apa yang berlaku. aku tau aku banyak jugak buat salah, bukan kau seorang. aku bukan perempuan yang sesuai dengan kau, yang boley menjadi tulang rusuk kiri kau. aku bukan pemilik tulang rusuk itu. dan hati kau bukan aku yang selayaknya untuk jaga. kau carilah perempuan yang betul, hargailah dia. belajar dengan apa yang dah terjadi ni.








3 ulasan:
awak suke bunga jenis ape and warna ape? :))
ros hitam.
orkid pelik.
sakura.
bunga kaktus.
bunga tahi ayam.
jenjarum.
bunga kertas.
anggerik ungu.
dll. ^^
terima kasih.
Catat Ulasan