Jumaat, 9 Mac 2012

Tell 21 : New Beginning? again ...

kadang-kadang apa yang berlaku ada sesuatu disebaliknya. apa yang telah ditetapkan oleh-Nya terselit satu rahsia.

mungkin ini yang berlaku pada aku. ahad lepas aku buat projek group aku, projek akhir. masa tu kami semua ada kenal dengan seorang mamat ni. memang macam poyo sikit. HAHA aku pula malas nak layan. memang sejak dengan emm aku tak layan sangat laki lain tapi aku perasan dia selalu pandang aku. nak bersembang pun nak pandang aku pada hal aku bukan sembang dengan dia. tapi aku tak ambil pusing.

*******

dia ada nombor kawan aku dan kawan aku bagi nombor aku kat dia.

"nampak mcm garang tapi bile senyum comel plak!"    HAHA kelakar pula bila kawan aku bacakan message dia. apanyaaa comelnyaaa aku ni haaaa. macam kelakar pula.

sejak tu kami message. aku mula-mula memang tak nak tapi kawan-kawan group aku cakap kawan je. oke. aku kawan dengan dia. tapi sekarang, semalam ... dia luahkan semua.

"ok, sy dtg ni pun sbb sy nk bg tau yg sy suke kat awk"   okeee sangat gentleman yeee kawan-kawan. haaa aku diam. just balas "time kaseh"  dan senyum

em, ntah laaa. dia dan dia. sekarang dalam kepala. dia dan dia sekarang tengah aku fikirkan. susah kan, bila nak kena buat pilihan. jangan menyesal azie dengan semua benda nihhh! satu dugaan nihhh. pendapat kawan baik aku, kawan azie. buka hati tu, bagi peluang. mungkin dia bukan jodoh kamu tapi dia jodoh kamu atau dia jodoh kamu tapi dia hanya dugaan untuk kamu. hemm

kami kenal tak sampai seminggu pun, jadi aku macam betul keee? dia ni betul ke? kenapa macam cepat sangat? hati manusia memang macam tu yee, cepat menilai. hem

dia cakap hati aku mulia, penyayang, pemaaf, tak ego. aku tak tau sejak bila dan dari aspek apa dia nilai aku macam tu. kami baru dua kali jumpe. message memang la hari-hari tapi melalui message memang boleh menilai manusia ke?

aku berserah dan tunggu apa akan jadi. azie, pujuk diri, pujuk hati. jangan rantai hati tu pada yang tak tau nak hargai. 

Tiada ulasan: