aku masuk politeknik johor bahru sekarang politeknik ibrahim sultan julai 2009, budak kelas aku DUP 1C masa tu join pertandingan futsal kelab pelancongan. aku nak masuk pada mulanya tapi aku balik kampung. jadi sokong dari epoh as a classmate kan. semester 2, ada lagi pertandingan futsal. every semester laahhh ada benda alah niii. dan aku akan join jugak every semester. eventhough not really fabatic pun pasal footballers, futsallers. HAAA tapi sebab ianya adalah sejenis sukan yang lasak. aku join. mengutip pengalaman. sebelum ni aku main netball, keperempuanan sikit. sekarang tak ada chance langsung nak meneruskan legasi permainan bola jaring kat sini sebab semua player macam har ..... haish! jadi, beralih arah ke futsal. macam best jee! HAHA
*******
semester 2 aku mula main futsal untuk pertama kali dalam hidup. tak pernah main oke, ala ala bola kampung ada laaaa. haaa
aku tak tau lahhh aku ni position apa tapi yang pasti any position didn't fit me. aku tak pandai even as a striker, defend or keeper. mana-mana pun tak boleh. so, aku jadi reserved je masa tu. sedar diri yeee akan kebolehan diri sendiri yang agak kurang .... masa tu laaaa HEEE masa tu mulanyaaa game pertama aku tapi kami dapat tempat ke-4. tak dapat apa kot masa tu ... emm ehh ada-ada. masa tu batch husni. mereka bagi medal untuk tempat keempat. dan bermulanya episod legasi KAKI BUSUK FC!
baju pertama kau sebagai ahli kaki busuk fc. RM10 kat pandan. free size. aha
******
semester 3 kami tak main. pasal apa ntah tapi memang tak main. sibuk kot dengan MICEsegala bagai. atau ada benda lain aku pun tak tau. tak sure.
*******
semester 5, setelah 6 bulan tinggal poli, masuk semula bermula kembali legasi. tapi kali ni memang kami nak lawan betul-betul. siap ada jurulatih lagi. HAHA kawan sue. haaa sue pun masuk juga team nih. beliau lahh yang memperkenalkan coach tu. kawan beliau jugak. terima kasih sue!
masa tu aku masih lagi tak tau aku posisi apa. yang pasti aku nak main. masa tu laaaa bermulanya aku belajar macam mana nak jadi keeper yang berjaya dan success. AHA! sakit tangan aku sepanjang latihan. asyik kena tampan bolaaa je, mau tak sakit. dah la tak pakai any glove. wahhhh dasyat gak tangan kay azie!
tapi kali memang permainan agak panas yeeee.
nampak disitu yeee kami memang team yang baeek. siap ambil gambar bagai, free style tak macam free sangat. masuk futsal bayar seorang RM5 yeee. HUHU masa ni kami upgrade sikit. dapat gangsa! HAHA bola bolos macam mana ntah, tak perasannnn elok meleret kat kaki. kisah KAKI BUSUK FC amat mendalam disini yeeee. aku dah pandai tangkap bola! HAHA
warna-warni kannn warna kami. aha masing-masing nak pakai baju warna kegemarab masing-masing. macam ni la jadinyaaa indah dunia! RM10 jugakkk, kat Pandan. cop nama dengan nombor RM15. kat kedai depan cahaya masai. boleh laaaaa
*******
semester 6. yeah semester akhir kami dan semester akhir bagi KAKI BUSUK FC akan beraksi. meneruskan legasi ke titisan terakhir.
tapi kali ni kami langsung tak praktis apa-apa. sibuk dengan final projek, akan datang presentation, exhibition. WAHHH bila nak habis ntah. kali ni pun kami tak beli baju rasmi team. sebab pitis ngak ada sih! dengan masa yang agak terkekang. kekangan masa sebenarnya. fuhhhh
jadi masing-masing pakai baju masing-masing. apa yang ada pakai je. masalah pun banyak mendatangi team kami. nak mencari cukup 8 orang ahli satu group bukan senang. main player Pia, Ara, Mira, Yaya, Azie, Farah, Anis. seorang lagi tak cukup. sue dah tak nak main. kami cari orang, mereka semua tak nak main. fuhhh
kami ingat nak import budak sebenarnya. HAHA tanya laaa dengan bermacam-macam jenis AJK, sporting. kata oke tapi pandai-pandai bisyik. sssshhhhhuhh
tapi tak jadi pun sebab last minit beliau tak sihat dan ada kelas pulak di hari minggu. tak apa lahhh. anis pun batalkan diri sendiri saat-saat akhir. katanyaaa tak konfiden untuk main. tak apa lahhh
jadi kami berenam jeee lahh yang mengekalkan diri sendiri.
ada seorang lagi, YAYA tapi beliau tak ada pada hari kedua sebab tak ada transport nak datang poli. jadi kami berlima main sampai mati lahhhh. injured pun main jugak. kaki patah keee, hilang busuknya keee main jugakkk. kamikaze punya team!
mira dengan farah defend. ara dengan pia striker. aku keeper.
*******
untuk perlawanan liga. kami dapat jadi antara 4 kumpulan yang masuk ke semi final. fuyooooo!
untuk penentuan quarter atau final, KAKI BUSUK FC vs OVERBRYGA GURL FC
seri okeeee, ini lah saat genting bagi aku sebagai keeper. mereka tak nak masa tambahan tapi mintak penalty. fullamakk, memang terer pulak aku kan nak tangkap bola! FUHHHH berpeluhhh teman
1st try pihak lawan shoot dulu. kogi namanyaaaa. dia ni memang dasyat sikit tendang bola. dah laju wahhh sakit tangan tapi aku dapat tepis tapi bola still masuk gawang gak! adoiii
lepas tu turn ara pulak. kogi jadi keeper. yakin boleh yeee! ARA GOLLLL okeee! see the leg. seri 1-1.
turn pihak lawan pulak. kali ni aku mendapat ajaran daripada Farid selaku penasihat kami di saat akhir. haha aku dapat tampan bola tuuu. alhamdulillah!
turn mira pulak. hemmm melencong. tak apa lahhh mira next time. heee turn pihak lawan for the last time. aku dah gabra. kalau lepas niii memang peluang kami untuk menang amat tipis. tapi alhamdulillah beliau menendang tinggi ke langit! turn pia pulak. punn seperti mira, melencong. tak apa kami faham keadaan anda ketika itu... jadi seri lagi laaa kami. hemm
untuk penentuan terakhir niii, nak lambung duit. tentukan siapa shoot, siapa keeper. dan aku menjadi keeper. pihak lawan shoot. kalau gol kami kalah. jadi aku memang kena bersungguh-sunggu menajamkan minda, memfokuskan diri untuk safe bola tuuu. yeah! HAHA beliau sangat power menendang yeeee, nnuunnnn tinggi ke langit bola pergi. fuhhhh! takot!
KAKI BUSUK FC PERGI FINAL
*******
kami jumpa musuh. Bonito Gurl FC. kenapa? memang panas gila main futsal kali ni. bukan setakat kaki menendang, tangan pun main peranan. boleh kata setiap panca indera laaaa main peranan kali nii. aiii
tapi Allah SWT Maha Besar. segala yang benar akan ditunjukkan.
KAKI BUSUK JOHAN PERTANDINGAN FUTSAL KELAB PELANCONGAN 2012
PENENTANGAN DENGAN BONITO GURL FC
1 - 0
YEAH!!!
selama 4 semester Kaki Busuk FC beraksi, akhirnyaaa di semester akhir mencatat satu kenangan indah dan sejarah baru. kali niii team kaki johan. bagi lelaki team Kakiku DiBibirmu. tahniah! dan kami Kaki Busuk FC jugak tahniah! alhamdulillah
CONGRATULATIONS TO ALL MEMBERS OF KAKI BUSUK FC. THANKS FOR THOSE WHO SUPPORTING US. LET BY GONE BE BY GONE. FORGET THE PAST AND THIS IS OUR TRULY MAGNIFICENT MEMORY FOR DUP 6C




5 ulasan:
fuhh..terbaekk laa..
bhahahahah....okeyhhh...like 18x entry niyhhh....
hidup kaki busuk fc...
hidup hidup! mereka tak perlu risau lagi, pesaing utama sudah tak ada sem depan dan seterusnyaaa HAHA belagak!
tade la hebat mana pon. main macam hampas je. tergedikgedik. hahaha
emmm standrd kot kalo pompuan maen. laen laa kalo mmg international kee. tp pndai gak sepak. so okey la kann
Catat Ulasan