Jumaat, 9 Mac 2012

Fullstop 89 : Sehari Sebagai Nelayan

begitulah ...
sudah semester enam aku di PIS - Politeknik Ibrahim Sultan.        *jangan ditanya kenapa namanya begitu, permintaan Sultan, boleh kata apa. huuu

kebiasaan, bila di semester akhir mesti akan ada projek besar perlu dijalankan. jadi, kami sebagai pelajar diploma pengurusan pelancongan perlu mengadakan sebuah aktiviti sebagai cara untuk menginterpretasikan sesuatu kawasan itu sebagai tarikan pelancongan. konsep ini adalah berlainan sekali yeee dengan projek semester-semester lepas. kalau dulu, mereka kena fikirkan apa yang ingin dibangunkan di sesebuah kawasan supaya maju dan menjadi destinasi pelancongan. haaaa kami ni lain sikit. dah macam buat MICE, kena create an event.

******

sasaran group aku adalah pelajar sekolah rendah. kami nak pupuk nilai menjaga warisan sedari kecil. wahhhhh! melentur buluh biar dari rebung kannn, hee

kami ambil pelajar SK Kopok menyertai aktiviti ni, mereka sangat sporting. hee best!
aku dengan mira jadi museum guide. kami akan bawa budak-budak ni jalan-jalan kat muzium dan terangkan bahan-bahan muzium. macam aku bahagian perlatan nelayan dan mira kehidupan nelayan. hee budak-budak ni semua pandai, pengawas kan. tak banyak karenah. kalau tak dapat nak kawal tu biasa laaa. tapi comel! haha

lepas tu ada games. tak akan nak bagi penerangan je kan. bosan laaa bebudak. so, we created small books - games books. dalam tu ada macam-macam game kami sediakan. jadi, bebudak ni kena jawab dan siapa yang siap dulu dan banyak betul akan menjadi pemenang. hadiah ada satu je tapi kami sediakan untuk semua budak. oke kannn. HAHA

*******

piqah pula akan handle pendaftaran pelajar dan menguruskan pelajar. beliau juga mengiringi pelajar dalam bas pergi dan balik. heee beliau juga perlu mengedarkan borang kaji soal selidik kepada peserta termasuk cikgu-cikgu. wahhhhh skema!

sara dengan awin jaga gerai. kami pun ada gerai tau sebab nak ajak orang datang. nak tarik kan. malek membantu bersama kawannya paan. thanks!

*aku suka aiskrim goreng! nak lagi!

*******

overall memang best sebab semua sporting. berjalan lancar alhamdulillah! ameen
thanks to encik iqbal sebab banyak membantu, emm buat sijil, sediakan khemah, meja, bagi maklumat sikit, idea sikit. fuhhh terbaekkk laaah!

puan logais pun, sebagai penyelia kami yang sangat berpengalaman dalam kursus projek ini sangat senang yeee bekerja dengan beliau. agak cerewet tapi munasabah. kepada miss yani yang memberi idea pada saat-saat akhir kami ketandusan idea. thanks mummy!

tak lupa juga kepada cameragirl and cameraboy kami. HAHA zul dan syida! thanks yoooo ambil gambar, rakam. jasamu akan ku kenang. ho yeah!

*******

disebalik keriangan ini, terselit kesah baru aku. HAHA

Tiada ulasan: