Jumaat, 9 Disember 2011

Fullstop 81 : It's Time For Me To Go Down

Hari rabu hari tu semua bebudak PIS heboh kata result untuk sem ni dah keluar. ntah mana mereka dapat laman web nak tengok result aku pun tak tau tapi oleh kerana hari itu aku keluar berfoyafoya maka aku tak sempat nak tengok sebab bila aku balik je rumah, laman web tu dah tak ada. kiranyaa mereka dan tutup la kot.

tapi hari ini, pada pagi ini, saat ini 10.25 pagi aku tengok result aku ... HAHA seperti yang dijangka ... jatuh! aku sememangnya dah jangka keputusan aku akan jadi seperti ni. well, people didn't always going up right? HEE pujuk diri sendiri je la gamaknyaaa. macam-macam benda jadi kat aku untuk sem ni dan semuanya melibatkan hati dan perasaan aku. aku sangat kacau bilau. yesss aku tak boleh nak salahkan semua benda yang dah jadi sebab semua tu dari aku. hemm lemah sangat pun ini cik azie laaaa

tapi aku tak la sedih sangat dapat result macam since aku dah jangka akan dapat macam ni so just relief sebab bukan bawah 3.5 . my goal is to get all the 3.5 and above for all semester. sekarang aku tiggal lagi satu semester untuk dapatkan yang paling terbaik. aku tak pernah nak impikan 4.00 pointer tapi aku sangat berharap PNM aku dapat above 3.8 or 3.7 . tapi susah sebenarnya sebab setakat ni PNM aku 3.68. sikit tuuu

*******

aku dah plan hidup aku lepas ni cuma depends on Him to make it come true. manusia merancang Allah swt yang menentukan. ameen

1. aku nak sambung degree dalam pengurusan pelancongan atau yang sewaktu dengannya bergantung pada course yang ditawarkan. aku kalau boleh nak cari pusat belajar yang jauh dari rumah. sekarang aku kat johor. so, aku target over the sea. sabah or sarawak. insyaAllah ...

2. asalnya aku nak buat PJJ - Pengajian Jarak Jauh since my age are 22 now and im still doing my diploma so i thought aku ni tergolongan dalam golongan yang lambat dalam menuntut ilmu. jadi aku nak kerja sambil belajar sebab boleh dapat duit dalam masa yang sama aku dapat ilmu. kalau aku kerja dulu ... bilanya aku nak dapatkan degree? nanti lama-lama aku malas plak nak belajar, ending nyaa otak pun dah karat nanti. kalau aku belajar dulu, dah ambil masa berapa tahun? aku dah 22, banyak benda aku nak capai. aku nak ada kenderaan sendiri (neo or swift) dan rumah sendiri. aku tak nak aku susah masa depan nanti atau aku susahkan orang nanti (hubby) . aku tak nak orang lain tanggung aku macam sekarang ni my parent yang tanggung. aku nak ada give and take. or 50-50 form both. so, i don't want to rely on my partner, fully ... aku nak aku bersama-sama dia jalani hidup kami nih. cehhhhh!

3. ada kawan aku cakap cari yang ada buat advance diploma. aku sebenarnya tak tau sangat apa maksud dia tuh tapi aku akan find out and decide ... any ideas?

4. aku akan belajar degree macam biasa dan aku juga akan cari kerja part time untuk tampung hidup aku as a side income selain daripada parent aku kan. insyaAllah ...

*******

susah sebenarnya hidup bila makin meningkat usia sebab banyak benda nak kena fikir. kalau dulu bawah 12 tahun, fikir UPSR. bawah 15 tahun fikir PMR, bawah 18 tahun fikir SPM and what to do next. sekarang ni bawah 25 tahun, fikir kan macam mana nak lulus diploma and degree. nanti atas 25 tahun fikir plak macam mana nak tanggung diri sendiri, kalau ada family macam mana nak bagi hubby and anak-anak makan. that's why if people ask me when will i get married then i just said "when im 30" HEE 

aku sama je macam perempuan lain nak kahwin, buat semua benda dengan hubby tersayang, ada anak. arrange kehidupan sendiri if before my parent yang uruskan. aku nak rasa semua tu dan sekarang pun i have that kind of feeling. oooohhh gatai nooo!

well, it is fact. i want a family. a happy one family.

sedangkan sekarang aku diduga dengan bermacam-macam perkara. tak tau laaa tahun depan apa pulak dugaan aku. tahun-tahun seterusnya apa pulak dugaan aku. wallahualam.

Tiada ulasan: