and now im home and can't open the web. huh mereka sudah menyekat laman web tersebut sebab sepatutnya result kena tengok jumaat ni tapi ada pulak yang boleh tengok hari ni. dari status yang berlambak kat facebook untuk hari ni ramai mengatakan LULUS! okehhh tahniah kepada sesiapa yang dah tau result memasing dan lulus. aku dan beberapa orang saja lagi yang tak tau ... emm jumaat ni je laaa nak tengok pun.
*******
sebenarnya nak cerita. tadi sedang seronok drive tetiba ternampak kelibat makhluk kecil melintas jalan tapi agak teragak-agak. macam tak familiar dengan kawasan sekeliling. bila dah dekat baru perasan, rupanya ... MEOW! ohhhh aku takut kalau tetiba dia kena ehemmm. habislahhh. maka aku berhenti sebelah dengan secara emergency sebab kena segera menyelamat meow. tapi dalam masa yang sama ada pulak sebuah motor dan dua buah kereta nak lalu. risau jugak nihh kalau tak sempat nak selamatkan. tapi ... Allah swt tu Maha Besar, dia menyuntik dalam hati mereka ni supaya sedar dan perasan kehadiran meow tersebut dan berheti serta-merta supaya meow tersebut boleh lalu tapi ... dah namanya meow bukan manusia, meow dah keliru nak jalan kemana. sekejap ke depan lepas tu ke belakang, haaa masa ni laaa aku ambil kesempatan pergi ke arah meow dan ambil meow. aku tak tau nak buat apa sebab dah pukul 12 malam dan aku tak nampak pun kelibat mak meow or ayah meow atau adik beradik meow. so secara tangkasnya aku berfikir, aku ambil dan bawa balik. rancang nak bela ... hmm
sekarang ni meow berada dalam bekas kat dalam bilik aku. aku letak sepinggan nasi+ikan goreng dan air. tapi meow tapi meow tak nak makan, minum pun tak nak. maybe ragu-ragu terhadap keselamatan makanan tersebut atau meow sudah kenyang sebab daripada pemerhatian aku meow itu gemuk. macam ada orang jaga. hemm aku rasa meow ada penjaga, mungkin meow terlepas dari sangkar or masa main dengan adik dan abang kat luar tersesat pulak.
jadi meow bising dalam bekas tu. aku tau sebab meow nak keluar. tapi kalau aku bagi meow keuar nanti ntah mana-mana meow pergi. dah la meow tak biasa dengan keadaan rumah aku apatah lagi bilik aku. maaf laaa yee sebab simpan meow kat dalam bekas tu. tak boleh nak buat apa. tapi sekarang ni meow dah senyap ... penat kot, so dah todur. hemmm
*******
sedih aku tengok meow masa kat atas jalan tadi. rasa nak nangis tapi aku tahan air mata aku sebab kawan aku ada kat sebelah, nanti perasan pulak beliau. sedih sebab meow kecil lagi tak tau apa-apa. kucing pulak tu ...
sayangilahh haiwan okee!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan