Khamis, 19 Mei 2011

Fullstop 32 : Impian Bersama Kamu


aku punya impian yang pernah aku sembang dengan kamu dulu. impian yang ingin aku dan kamu bersama-sama lakukan. banyak sangat sampai aku pun hampir terlupa yang mana.

"ak teringin nk g mndi sg. jom brkelah nak? g ramai2 best sket."
dah lama aku tak pergi mandi sungai. teringin nya nak mandi sungai berkelah dengan kamu. aku tak tau berenang tapi aku tau kamu pandai berenang sebab aku pernah nampak DULU.
tapi...
nampaknya aku akan pergi sana dengan keluarga aku sabtu ni. aku tak sedih tapi agak terkilan sebab tak dapat pergi dengan kamu

"nak g ganu laaa, nk tgk mmbe. lame x jumpe die. jom! skrg die da ad baby gal"
dah lama aku tak jumpa kawan baik aku tu. last kami jumpa lepas raya tahun lepas. macam mana laa agaknya dia kat sana? aku nak pergi sendiri naik bas, kamu tak bagi sebab kamu risau kan aku, aku tau. 
tapi...
nampaknya aku akan pergi sana sendiri naik bas dari Johor. aku nak tunggu kamu tapi kamu ada sesuatu yang perlu kamu buat dulu. jadi, aku pergi dulu.

"weyh, jom karoke? ak da lame kot x karoke"
kamu sangat sibuk sampai tak ada masa untuk diri kamu sendiri. kamu nak aku teman kamu menyanyi. sebenarnya suara kamu sedap tapi sebab aku nak dengar kamu nyanyi, aku cakap suara kamu tak sedap
tapi...
lagi sebulan lebih aku akan pergi Johor. nampaknya aku memang tak akan dapat teman kamu menyanyi. memang tak akan dapat dengar suara kamu menyanyi.

"nnt ap je kamu nak buat dlm kete ak ni, kamu buat laa. tapi luar jgn usik hee"
dalam kereta kamu tu kosong. aku suka kalau nak letak sesuatu. terima kasih sebab beri kepercayaan kat aku untuk hias bahagian dalam kereta kamu. aku baru bagi kamu penyangkut barang. kamu ada letak tak?
tapi...
memang aku sedang mencari barang apa nak letak dalam kereta kamu dan aku memang dah jumpa pun. cuma tunggu masa je walau pun aku akan ada barang tu, belum tentu aku boleh letak dalam kereta kamu sebab aku dah tak dapat naik lagi kereta kamu.

"ak ad lagu yg ko nk. nnt kite bluetooth yee"
aku sekarang ada banyak lagu yang nak bagi kat kamu. semua lagu baru, semua lagu yang memang genre kamu minat.
tapi...
aku boleh dengar lagu tu sendirian je. bluetooth paling maksimum jarak 50 meter. aku tak akan ada sedekat itu dengan kamu.

*******

aku sedang menunggu masa nak buat semua impian tu. lagi 42 hari aku akan pergi Johor. sempat ke? kalau tunggu aku balik ipoh, agak ada peluang lagi nak buat semua benda ni?

Tiada ulasan: