jadi, aku memang rancang dengan lin nak pergi Aidil hari ini hantar baju sekali keluar lunch dengan kak shida, kak nani dan kak dayah. aku jugak plan nak bagi hadiah kat staf Aidil hari ini dengan bagi kenang-kenangan untuk lin. seminggu sebelum habis praktikal dengan Aidil, aku keluar dengan mak aku cari barang nak bagi staf Aidil. dan akhirnya jumpa ... haha
HAA... comel tak! aku tak tau nak bagi diorang apa. mak aku cakap bagi kek tapi nanti masuk perut kan dah tak nampak dah ... jadik, aku nak barang, boleh simpan. ini je la yang mampu aku belikan. huu ada 5 jenis gaya steel man ni. tengah menyanyi, main violin ... tengah menembak pun ada. siapa laa yang dapat agaknya , HOHO
untuk lin pun ada tau. selaku rakan seperjuangan yang bersama-sama belajar di Aidil, bersama-sama berkongsi maklumat. penat aku fikir nak bagi apa, akhirnyaa ... yeah!
BIRDIE!!! named LYNN on it. comel kan! yeah i know, its pink! lin suka pink, that's why laa
*terima kasih kepada Sweettouch Collection*


Tiada ulasan:
Catat Ulasan