Ahad, 27 Mac 2011

Tell 7 : Damn u Aedes ! Part Two

hari raya sememangnya i sangat bosan. emm baring duduk baring duduk atas katil. nak pergi mana-mana? kene bawak sekali segala wayar yang dah macam sebati dengan diri sendiri. tunggu je la sedara mara datang ke , kengkawan ke melawat sama ziarah ini budak denggi, huh !


haa , begitulah nasib diri ini. tapi jengjengjeng! my besties datang bawak emm siapa ntah, i tak kenal       *elehhh       sure it was, i tak kenal siapa yang syaied bawak, i don't care who he is. thanks syaied datang melawat but no thanks for bring him along, huhu yang paling best tiba-tiba dia datang, huu baju melayu coklat sama seluar jeans gitu , haha i suka lelaki pakai gitu simple && simple.

oke, gambar dia tak penuh top to waist. but then he's cute! i malu sangat bila dia datang, ye la boyfriend datang tengok girlfriend sakit di hospital! Hahhh! lepas syaied balik bersama well , i don't know. raya pertama i dengan dia macam ini? anda bagaimana pula? so, i decided raya tahun ini, raya 2011 yang jatuuh pada 31 ogos 2011 bersamaan tanggal kemerdekaan negara Malaysia, i nak dia datang beraya rumah i . kalau tiada aral berlari-lari bergolek-golek, i nak buat biskut nak bagi dia rasa. actually he likes bahulu tapi i nak buat macam mana? yess, we do have the things needed, i mean acuan dia , semua la tapi nak buat tu kan takes time. in fact, i akan balik poli untuk semester 5. jadi i akan balik cuti raya only for a weeks i think. so i kena manage that week berbuka puasa bersama family, bersama dia, emm buat kuih raya if got time, beraya dengan family, beraya dengan dia dan beraya dengan kengkawan. like old days... sweet!

5 hari i terlantar di hospital yang sangat membosankan, bosan argghh! hari-hari i kena bagi darah i kat doktor, hari-hari i kena tambah air dalam badan, hari-hari i kena kencing tengok berapa banyak i keluarkan. kalau sikit soal jawab akan berlaku. i tak suka minum banyak but they forced me to. geram sangat! sebab mereka dan mereka nak platlet dalam darah i naik sebab tu suruh minum air putih banyak-banyak. alamak! kering tekak!

hari keempat i di sana, doktor datang ambil darah lagi, lepas tu dia pergi tempat lain pulak. then, a nurse came , dia cakap "adik, mungkin boley kuar wad da, sbb td doc check mcm ok je" ... huhu i happy sangat, masa tu mak i ada datang melawat. i suruh mak i tunggu lama sikit sebab mana tau kot confirm i dah boleh keluar. lebih kurang pukul 8 malam gitu, nurse datang balik check i,

"eh, panas ni dik. 38 ni. tadi adik ad mandi?"
"ad, baru je mandi"      rambut i basah lagi kott, buta apa!
"tak boleh kuar lg ni dik, panas badan adik ni"
"haa...!!!!"                   i sangat sedih dan geram plus marah teramat sangat. kesian mak i elok-elok boleh balik awal, kena balik lambat sebab ingatkan i dah boleh keluar. geram i dengan nurse tadi! dia tipu i! kata i mungkin boleh keluar, yes MUNGKIN tapi boleh tak kalau tak pasti jangan cakap apa-apa? diam sudah sampai betul-betul pasti. gerammm!

lepas mak i balik, laju gila air mata i jatuh, sedih lepak lama-lama kat hospital. i tak suka. i dah membazir banyak hari kat hospital yang sepatutnya i spent dengan family, dia & friends. lepas mak i balik, i dah buat keputusan i dah tak peduli pasal benda lain dah. i tak nak minum dah, biar la kencing sikit ke apa ke. i nangis jee. sampai nurse datang i elak dari dia nampak i nanti kantoi plak kan.

malam tu i called dia, i cerita semua kat dia sambil nangis-nangis. i cakap kat dia i nak mogok, tak nak minum. i dah tak kisah kalau kena tahan kat sini sampai bila-bila pun. dia pujuk i kata jangan macam ni. lantak laa! siapa suruh tipu i! i tak suka nurse tu sebab tipu i!!


*******


besok paginya, i bangun i pergi bilik air tapi i tak mandi pun. malas! nak buat apa mandi kalau still have to stay kat dalam tu tak keluar-keluar... i just gosok gigi, basuh muka. itu je. minum pun i tak buat. i buat bodoh je. sebab i dah ok, i feeling well! doktor datang tengok history i then dia tanya nurse kenapa i tak keluar lagi sebab i dah lama duduk kat dalam wad ni. nurse pun cakap la semalam ini itu ini ... blablabla!

lepas tu doktor tu cakap check sampai tengah hari ini, tengok macam mana sebab sepatutnya dia dah boleh keluar. lama sangat duduk dekat wad. haaaa i love doktor tuu muahmuahmuah! doktor tu pun faham yang i memang tak suka stay lama-lama lagi dan dia pun faham yang i dah oke and supposed to discaj. miracles come by the wind, huhu tengah hari dan petang ketua segala doktor datang check i tanya i macam mana. i cakap i oke, selera makan ada, tak pening tak rasa apa. dia kata haa supposed dia dah boleh keluar. oke petang ni ambil darah. then, other doc ambil darah i. dia tengok dan even my platlet not enough yet but he said that i dah boleh keluar sebab i dah oke.

haaaaa, happy sangat! terus i called mak bagi tau the news. tengah hari besoknya ayong came with abang sani bring me back home sweet home!

Tiada ulasan: