Khamis, 3 Mac 2011

Fullstop 6 : Persoalan Otak

03 Mac 2011 , jam 2159

"aku tengah sabar tunggu hari jumaat. hari yang aku nak buat keputusan antara aku dengan dia . hari tu jugak birthday dia , aku dah beli siap-siap hadiah untuk dia . lama gak aku cari kedai ke kedai . floor by floor , baru aku jumpa tapi aku tak tau la sesuai ke tak dengan dia , ok ke tak dengan dia . dia suka ke tak hadiah tu . tapi aku tak kisah sebab aku memang nak bagi dia , kalau dia tolak . aku ada 2 pilihan , sama ada aku buang atau aku simpan untuk kenangan yang aku pernah bagi hadiah kat dia . even dia tak terima ke nanti , aku akan anggap yang hadiah tu dia punya . aku tak kan guna hadiah tu . aku simpan ...


aku suruh dia bawak rantai yang dia rancang nak bagi kat aku dulu , masa birthday aku . tapi masa tu aku akan berfikir jugak , rantai tu sebenarnya aku punya ke ? sebab aku terasa sesuatu . ntah la . sebenarnya aku tak dapat rasa perasaan dia kat aku . aku rasa macam dah hilang rasa tu . perasaan aku ke ?


aku tak tau apa akan aku buat jumaat ni tapi apa yang aku rancang ialah aku tak nak ada apa-apa lagi . tapi aku tak tau aku kuat tak nak buat semua ni , kuat tak nak bagi tau dia nanti sebab sebelum ni aku dah try tapi still aku dengan dia macam biasa . jumaat ni adalah perjumpaan terakhir aku dengan dia . insyaAllah ...


banyak benda yang bersoal dalam diri aku , dalam otak aku , dalam hati aku tapi aku tak dapat jawapan sebab dia tak nak bagi tau , dia tak nak jawabkan . dia cuma fikir aku hanya budak-budak yang soalannya tak larat dia nak layan . aku jauh sangat ...


aku nak tanya dia , 'abang sayang sayang tak ?' , 'kalau sesuatu terjadi abang akan pilih siapa antara sayang dan kawan abang ?' , 'betul ke rantai tu untuk sayang ?' , 'kenapa abang suka kat sayang ?' , 'apa akan jadi kat abang kalau sayang dah tak ada ?' , 'apa istimewanya sayang kat mata abang ?' , 'abang terima ke diri sayang yang sekarang ?' , 'abang anggap sayang apa ?' , 'boleh tak kalau kita tak berhubung lagi ?' , 'abang sayang sayang tak ?' ...


tunggu je la hari jumaat ni even aku sebenarnya tak sanggup . aku tak tau nak buat keputusan macam mana . sebab aku sebenarnya tak boleh jumpa abang , sakit rasanya . sebab tu sejak akhir-akhir ni aku duduk rumah , sorang-sorang dalam bilik buat hal sendiri . main facebook ke , tengok movie ke . sebab aku tak nak ingat pasal hal aku dengan abang buat aku rindu kat dia , buat aku berfikir . aku tak nak fikir teruk pasal dia , buat aku sedih . "




*******

apa akan jadi kalau aku buat keputusan untuk tidak bersama dia lagi dan aku lepaskan dia untuk buat keputusan dengan perempuan tu ? kalau ini yang terjadi , aku doakan dia bahagia bersama . Ya Allah , tunjukkanlah jalan kepadaku , adakah dia jodohku ? ....

Tiada ulasan: