kami sampai je kat sana , dia tak sampai lagi tapi dia kata lepak dalam je . jadi kami masuk dalam . masa tu i tengah seronok keluar dengan diorang jadi gemuruh i tak kuat sangat even still inside . lama sikit , baru dia datang . i macam malu gak . dia pun nak tak nak je pandang i , malu kot . hee
dia banyak sembang dengan udin , ye la kalau nak tau udin tu peramah gila ! friendly sesangat . dengan orang yang 1st time jumpa boleh jadi macam kawan lama . nasib baik i bawa udin kan , kalau tak mesti dua-dua jadi batu . i dah la penyenyap , dia pun tunggul . memang nanti perjumpaan akan dihabiskan masanya dengan menghirup air bagi habis . lepas tu blah ! aish , mana boleh !
malam tu i balik rumah , kami bersembang lagi melalui ym . huhu , malu pun ada tapi oleh kerana i anggap dia kawan i , i boleh sesuaikan diri i untuk sembang macam biasa dengan dia . seronok !
*******
itu zaman i dengan dia tiada hubungan apa-apa . sekarang i dengan dia sudah declared yang kami adalah couple . masa mula-mula couple , i tukar status i dekat facebook "Single to In a Relationship" . dia pun sama , suatu hari i dapat request dari dia untuk mengizinkan dia meletakkan i sebagai "In a Relationship With Azie Talib" i suka sangat sebab sebelum ni dia cakap kat i jangan bagi tau orang yang kami couple . i faham , dia maybe tak ready lagi . i tau keadaan dia , dia malu dengan diri dia sendiri , dia malu dengan orang lain . dia takut kalau sesiapa yang tau kami couple akan cakap bukan-bukan pasal diri , dia takut kalau i ditertawakan sebab couple dengan dia . sebenarnya tak ! i kalau boleh nak bagi tau satu dunia yang i dah jadi milik dia . tapi masa tu i hormat keputusan dia . i kena sabar untuk tunggu sampai dia dah sedia untuk keluar menghadap dunia . sebab tu bila i dapat request macam tu i seronok sangat , i ingat dia dah boleh expose himself out . tapi sebenarnya tak . dia sebenarnya tak tau yang benda tu akan dapat dibaca oleh orang lain . bila dia dapat tau pasal benda tu , dia suruh i tukar balik . i tak nak . sebab i nak orang tau yang dah ada yang punya . jadi , dia kata kalau macam tu boleh kekalkan tapi buatkan status tu hanya dia yang boleh baca dan hanya i yang boleh baca . i akur ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan