nak tau apa cita-cita i ? em , i sebenarnya nak jadi pegawai forensik . ala , yang uruskan hal-hal mayat . buat diagnosis ke , punca kematian . macam-macam . dulu i suka tengok cerita CSI : MIAMI , CSI : NEW YORK , GREY's ANATOMY dan yang berkaitan .
best kan cerita ni ? pada yang pernah tengok la . i suka bila berfikir siapa yang bunuh , macam mana dia mati . haa , i suka puzzle . ini kan lebih kurang macam puzzle , susun bagi sempurna . kan ? kan ? masa i masuk tingkatan 1 , i memang dah aim i nak masuk science stream , i wanted to learn all kind of science . bila upsa i got 4 A's 1 B but the B was science . bila pmr i got 7 A's 1 B dan B i was English . i memang best sangat masa tu , ye la dapat masuk kelas sains . pure science . kelas 4 Gemilang . so , nak dijadikan cerita i masuk kelas yang namanya sama dari form 1 to form 5 , GEMILANG . tapi bila i masuk form 4 , ada certain subject yang i tak dapat nak follow . i tak faham . contohnya fizik dengan biologi . chemistry is ok but then still my result not good . sedih gak kan . bila masuk form 5 lagi haru , memang subject killer , i langsung tak boleh nak catch up subjek . awal-awal tahun i dah give up untuk subject biologi . harapan i nak capai cita-cita memang hancur . tapi bila nak dekat exam . SPM . i study betul , really hard . but still ...
bila dapat result spm , em tak gempak sangat . i just got 3 A's . the rest is B , C and D . tapi bila dapat tawaran tingkatan 6 , i dapat masuk aliran sains . memang i seronok tapi i kene pilih nak ambil biologi or fizik . dan i pilih fizik sebab masa form 5 i dapat fokus lebih ke fizik . memang killer kan ! i dapat tawaran masuk ke SMK Jalan Tasek . yang dapat sama-sama dengan i ridwan , ku nur aini , lai yin chi, raagheni dengan vanitha .
haa , ni la lencana sekolah jalan tasek . i tak suka sekolah sini sebab ... macam senyap , i tak selesa . actually , i tak boleh kalau nak pergi satu tempat tu yang ada orang i kenal . macam kat sekolah ni , i kenal ramai . ramai kawan i jumpa kat sini . memang orang kata senang nak buat apa-apa nanti kan . tapi bagi i susah . i lagi senang kalu i tak kenal siapa pun. kira bila i dapat kawan baru , i akan senang nak sembang . atau pun kalau i tak dapat kawan dengan siapa pun , bila i buat something , i don't care what people think . i akan buat ikut suka hati sebab bagi i orang tu tak kenal i jadi i tak kisah dia nak fikir dia nak cakap apa.
lama sikit , rasanya dalam 2 minggu kot . i dapat tukar sekolah . berkat pertolongan ayah i menggunakan orang dalam . i dapat tukar ke sekolah anderson .
sekolah ni dah lama ada . tengok nombor berapa tu . 1909 , dua tahun lepas sekolah ni sambut 100 yrs anniversary . i sempat sambut . boleh tahan best . ada artis datang tapi i tak minat pun artis tu . dekat sekolah ni satu-satunya perempuan adalah dari tingkatan 6 . sebab ini sebenarnya sekolah lelaki . boleh kira dengan jari bilangan pelajar perempuan . dalam kelas 1 pun ada 3 orang perempuan melayu . the rest was indian, chinese. haa , sikit kan .
tapi i memang tak boleh belajar fizik rupanya . tak boleh masuk otak i ni . bila result keluar , hem . i tak lepas even 1 pointer . teruk kan ? maknanya kat sini , i tak layak nak apply mana-mana u pun . jadi i ubah haluan i . i terpaksa lupakan bidang sains . i terpaksa lupakan cita-cita i . i apply politeknik . i pilih tourism course . dan sekarang i belajar di Politeknik Johor Bahru dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan . i sangat berpuas hati dan pada sesiapa yang mencela , mencaci atau mengata bidang i ini , i akan tunjukkan yang i boleh berjaya . i ada cita-cita baru . i nak buka agensi pelancongan sendiri .
ATS Travel & Tours Sdn. Bhd.
sempena nama mak dan ayah i . Abdul Talib dan Sahariah . em , kalau i ada nama baik lagi yang masih guna nama mak ayah i , i akan guna . buat masa ni , ini yang i boleh terfikir .






Tiada ulasan:
Catat Ulasan