bila tengok video ni rasa terharu sangat. hampir aku nak menangis. wahhh best kalau dapat jodoh yang macam ni, bernikah dengan cara macam ni. bukan maksud nikah nak grand macam ni tapi kalau tengok aturcara pernikahan mereka memang islam sangat. pemakaian irma yang sopan. pakai tudung tapi labuh. kalau pengantin yang pernah aku tengok sebelum ni memang pakai tudung tapi ada yang nampak gak lengan, yang pendek pun. kiranya irma pakai ni melepasi paras dada. best kan! indah!
yang pengantin lelaki pun lepas kafaz akad terus pergi buat solat sunat syukur. bersyukur segalanya dipermudahkan. masingmasing penuh dengan adab sopan. majlis pun oke, sederhana sebenarnya, simple. memang kalau ikutkan macam nampak melebih tapi ini sebenarnya hanyalah takat kemampuan kita untuk buat majlis macam mana. kalau dengan bajet yang sedikit pun boleh buat macam ni, rancang betul-betul dan aturcara pun kena betul. kan!
macam-macam komen peminat tulis untuk mereka. mendoakan kesejahteraan dan semoga perhubungan mereka diberkati dan berkekalan.
"When she start to make ALLAH as a king in her heart, ALLAH helps her to find the real prince for her life.:"
"jodoh kita masih belum sampai lagi kerana pasangan kita tersebut dalam usaha melangkap kan diri menjadi yg soleh/solehah"
betulkan apa yang mereka cakap. setiap dari kita sudah disediakan jodoh memasing. setiap kali kita putus hubungan adalah selangkah untuk kita berjumpa dengan yang telah ditetapkan. kalau dulu kisah irma dengan nabil, masa tu irma tak bertudung. kehidupan dia dengan nabil pun agak bebas. kan pernah kontroversi nabil cium irma. lepas tu macam-macam jadi sampai mereka akhirnya putus. tapi sekarang lepas irma dah kembali ke jalan islam, mula bertudung, dengan segera Allah swt pertemukan irma dengan lelaki yang soleh yang boleh jaga dia, bimbing dia. Allah swt pisahkan irma dengan nabil adalah untuk penyediaan diri irma sebagai isteri redza. subhanallah!
*******
aku mengimpikan pernikahan yang macam ni. bakal suami aku memang betul bersedia untuk bimbing aku tapi aku sendiri kene persiapkan diri aku. bimbing diri aku untuk memulakan perjalanan ni. huh, kuatkan hati kuatkan jiwa. temukan diri kau ni azie dengan Allah swt. semoga aku dipertemukan dengan jodoh yang sebaik-baiknya. ameen ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan