tapi aku paling tak suka bila orang yang bukan kawan aku pun dan tak kenal aku cakap aku macam-macam macam dia kenal aku dah bertahun. sila buka buku kasi baca sampai habis baru judge laaaa, tajuk tak menggambarkan best ke tak buku tu. sila yee, sila kenal diri seseorang tu dulu sebelum keluarkan sesuatu benda yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. kau bernaseb baeek sebab aku sabar orangnya. setakat message kau panjang-panjang cakap bukan-bukan maki aku, tak hard up laaa. kau nak bajet aku takut bila baca semua tu? kasi jumpa depan-depan, settle slow-slow haaa masing-masing puas hati.aku salah aku akan ngaku aku akan minta maaf. tapi kalau bukan salah aku? tak ada kene mengena dengan aku pun, kau nak buat apa?
aku tau batas aku. aku hormat perhubungan seseorang tu. tapi selagi tak ada ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan, apa hak kau nak halang aku berkawan? aku tau had aku, aku sendiri faham perasaan perempuan kalau lelaki kita dengan perempuan lain. aku faham benda tu jadi aku tak akan jadi perempuan itu yang main dengan lelaki orang. tak oke ... aku tak akan kacau kaum aku sendiri. aku pun tak suka nak bergaduh dengan kaum sendiri sebab lelaki ni, tak berbaloi. tapi kalau lelaki itu namanya adalah kawan aku, apa hak kau nak bagi kami tak berkawan? kalau kau dengan dia dah ada ikatan yang sah, 100% yakin aku tak akan contact. even sekarang pun kami tak akan contact kalau tak ada benda penting. tak pernah laaa nak sembang hati ke hati. benda lama tak payah nak mulakan balik. aku sendiri sedang cuba nak buka hati aku kat orang lain.
sebenarnya aku bukan orang yang kau patut risau tapi lelaki itu sendiri yang kau patut risau and keep your eyes on him 24/7 sebab dari mula lagi dia yang start. bila aku stop, dia start balik. sekarang bila aku dah senyap, korang pulak bising kat aku. cuba cerita sikit apa salah besar yang aku dah buat? aku ada sayang sayang dengan dia ke? rindu rindu cinta cinta ke? aku ada keluar dating dengan dia ke? ada kau nampak unsur-unsur aku nak menggatal dengan dia? kenapa kau tak tengok diri kau sendiri, diri dia? fikir lah ea ...
I'M NOT THAT KIND OF WOMAN



Tiada ulasan:
Catat Ulasan