baru lepas makan malam with housemate. brruuppp! ALHAMDULILLAH. makan apa ? nasi putih, kailan ikan masin dan telur dadar. HUHU besok 1 ogos adalah tarikh yang ditunggu seluruh umat islam sedunia. ahlan wa sahlan yaa Ramadhan... tapi masih juga kali ni aku tak akan boleh bagi penuh. alahaiii, aku dah buat kiraan memang tak boleh. harap maaf laaa.
apa nak bersahur nanti yea ? ahaa, tu yang aku tak tau. maybe biskut je kot. atau seperti sal cakap, makan nasi ambang sebab abang yang jual tu kata nanti dia buat makanan untuk bersahur. maksudnya, beliau akan sediakan juadah bersahur dalam pukul 12 ke atas. jadi beli boleh simpan sampai waktu untuk sahur.
*******
bazar ramadhan ? hemm boleh dipertimbangkan. mulai besok kalau tak sempat masak, beli sana sudah. hari-hari ada. HUHU nak makan nasi briani laaa. kat rumah sewa ada dapur tapi tak tau kenapa, tak boleh nyala apinyaa, masa mula-mula bawa masuk ok jee. hemm
*******
part yang paling aku suka bila tibanyaa hari mulia ni. bermula azan berkumandang maghrib tadi, segala jenis makhluk bergelar syaitan ini akan dirantai supaya tidak mengganggu gugat umat islam berpuasa selama sebulan. masalah sekarang umat islam akan ada musuh baru. NAFSU. yup. lagi bahaya dari syaitan sebab kita tak akan sedar yang kita sedang tunduk pada nafsu. nafsu makan, nafsu tidur. macam-macam laahh. memang dugaan berpuasa.
aku juga rasa seronok sebab aku boleh tidur dalam gelap. boleh jalan seorang dalam gelap. sebab tak akan ada makhluk halus yang dipanggil manusia HANTU. heee aku dah boleh main hide-and-seek disebalik pokok pisang, diantara kubur dan batu nisan. HAHAHAH
*******
LAFAZ NIAT
"Sahaja ku berpuasa pada esok hari untuk menunaikan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan di bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
"Ya Allah! bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"
"Ya Allah! kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! aku mibta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."
*******








Tiada ulasan:
Catat Ulasan